Wajah Neelofa tanpa mekap

Malam ni saya mengadap facebook yang mana aktiviti paling jarang saya lakukan....keluar masuk FB orang...tengok gambar sana sini..terjumpa gambar Neelofa di FB beliau...cantik la weiii tanpa mekap..ayu je, betul-betul natural beauty...kalau kurang sikit pakai yang dedah-dedah, lagi nampak cantik..



MAJALAH GLAM JAN 2012 | SITI NURHALIZA ALA MADONNA

Dah cari kat kedai buku tapi masih belum ada..hanya boleh tengok di Fanpage Glam . Ada 4 cover tapi hanya 2 yang telah diumumkan. Betul-betul Siti berjaya di transformkan menjadi sebegini rupa, jangan jadi transformer sudah la..



Novel USAI...AKU TERIMA NIKAHNYA

Baru terima daripada sahabat..katanya boleh la tahan kisahnya......bila dia cakap boleh tahan tu kurang menyengat sangat la tu, jadi novel ni akan terperam lama sikit la dalam kabinet.


Dah ada yang baca ke?

Update 21/12/2011 - Agak ok la ceritanya...banyak dugaan di dalam hidup berumahtangga..akhirnya menemui jalan bahagia juga...hmmm anda pasti akan jatuh cinta dengan Khalif nanti..bacalahh ye

Sinopsis:

Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.

Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.

Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.

Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....

Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."

Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."

Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."

Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya

Pukul 4 pagi masak nasi lemak....

Caya la hari ni, bangun pukul 3.50 pagi semata-mata untuk masak nasi lemak..sebenarnya hari ni suami bercuti, jadi suami dan Nadhirah akan tinggal kat rumah..itu lah sebabnya bangun awal-awal hari ni.

Masak nasi lemak , sambal bilis dan goreng kepak ayam je dan seteko teh panas...cukuplah untuk mereka berdua sepanjang hari ni andai kata ketua isi rumah malas nak keluar mencari makanan lain atau pun malas nak masak.

Harap-harap rasa nasi lemak tu tak mengecewakan..kata orang, kalau ikhlas memasak, rasa akan jadi bertambah sedap dan enak he he..

Ketika entry ni di taip, hanya saya dan Umar yang dah bangun, lagi dua isi rumah masih enak dibuai mimpi.

*** seronok kalau masih ada cuti, boleh lepak sama-sama...tapi cuti tahunan berbaki 0.