Neelofa Duta Avon Terbaru

Kredit gambar dan cerita untuk Budiey.com

*** Tuah jelita dan terkenal.

Avon cukup teruja untuk mengalukan kedatangan ahli baru dalam keluarga jelitawannya, Neelofa sebagai wajah terbaru untuk Avon Style.

Menurut Ketua Bahagian Pemasaran Avon Malaysia, Aspalin Sirat, kehadiran Neelofa sebagai ikon baru Avon sungguh bertepatan. 

“Wanita hari ini mahukan ikon yang tidak sekadar cantik dipandang. Mereka mahu sesorang yang peramah namun sensual, bijak dan berani, dan paling utama, seseorang yang berperibadi tinggi dan percaya pada keupayaannya membentuk masa depan diri sendiri; Neelofa adalah wanita tersebut. Kami gembira untuk berkerjasama dengannya dan yakin bahawa para Wakil Avon dan pelanggan akan turut mencintainya.”

Si molek berusia 22 tahun ini bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanahair. Baru mengorak kerjaya dalam bidang lakonan tahun lepas, Neelofa telahpun berlakon dalam 4 filem dan pelbagai rancangan TV. Pemenang anugerah Dewi Remaja 2010 ini turut mencatat kecemerlangan akademik pabila mendapat keputusan A untuk semua matapelajaran ketika UPSR, PMR dan SPM. Beliau kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Pengurusan Perniagaan di sebuah kolej di Sunway.


Biarpun glamor dan ‘cool’ dengan dress berkilau dan kasut tumit tinggi, bakal ikon popular tanahair ini tampil teruja saat ditanya mengenai kerjaya barunya.

“Lofa memang teruja untuk berkerjasama dengan Avon. Avon menjadikan kejelitaan sesuatu yang boleh dikecapi oleh sesiapa sahaja, pada masa yang sama membuka peluang kewangan untuk jutaan wanita seluruh dunia. Lofa bangga dapat bersama sebuah syarikat yang bertaraf antarabangsa dan penting sekali, sebuah syarikat yang begitu prihatin terhadap wanita.”

“Sejak kecil, Lofa kagum dengan jelitawan Avon seperti Erra Fazira dan Nasha Aziz; mereka berjaya mengubah lanskap industri dan mencuri hati rakyat Malaysia dengan keupayaan mereka. Macam tak percaya, sekarang saya berada dalam jejak mereka, dan tampil cantik sentiasa melakukannya, bersama Avon setiap hari!” tawa Neelofa di set penggambaran UMR Rose Lipstick untuk penampilan pertamanya bersama Avon.

Neelofa bakal muncul sebagai wajah baru Avon Style di Risalah Kemuncak Avon bulan Februari, 2012. Beliau juga bakal tampil sebagai pelakon utama dam filem rekaan semula yang dinanti ramai, Filem Azura pada bulan Februari 2012 nanti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com