08 January 2012

JULIANA EVANS BERPISAH DENGAN ZIZAN


Pelakon dan model iklan Juliana Evans, 23, dilaporkan amat sedih hingga menitiskan air mata kerana terpaksa meninggalkan tanah air selama dua tahun bagi menyambung pelajaran di University of Michingan, Amerika Syarikat. 


Namun benarkah sedihnya itu kerana meninggalkan Malaysia semata... atau kesedihannya itu disebabkan terpaksa berpisah dengan kekasih hati, Zizan Raja Lawak?

"Memang saya terlalu sedih sekarang ini kerana terpaksa melepaskan kerjaya lakonan buat seketika. Lebih memilukan apabila terpaksa meninggalkan keluarga dan kawan-kawan karib saya.



"Rasa berat hati sangat nak tinggalkan semua dan saya masih tak boleh menerima hakikat yang saya terpaksa berjauhan dengan orang yang saya sayangi," ujar Juliana dipetik sebagai berkata.



Bagaimanapun tambah Juliana, kerjaya lakonan tidak mungkin boleh kekal lama. Justeru itu dia perlu belajar mendalami ilmu seni dari segi pengurusan produksi pula.



"Saya ingin belajar cara pengurusan di belakang tabir. Insya-Allah, kelas saya akan bermula pada minggu depan.



"Malah saya percaya, suasana dan rakan baru akan banyak mempengaruhi saya untuk menjadi seorang yang lebih matang.



"Saya akan merindui dunia kehidupan artis dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua media yang telah menaikkan nama saya sehingga ke tahap dikenali ramai. Semoga kita dapat berjumpa kembali," tambahnya.



Terdahulu, Zizan dilaporkan turut hadir menemani Juliana sebelum beliau berangkat ke USA. Apa yang menarik, ada beberapa saksi yang mendakwa Zizan tidak dapat menahan sedih dan menangis apabila 'ditinggalkan' oleh 'buah hati' yang digosipkan 'bercinta' dengannya itu.


No comments:

Post a Comment