08 January 2012

Neelofa dan Fasha Sandha Bergaduh?


Kredit cerita dan gambar untukMetro Ahad.


“Maaf, saya tak pernah dengar cerita ini. Saya tak pernah baca blog, malah tidak ada sesiapa pun bercerita kepada saya. Selama ini saya tak pernah ambil peduli gosip dan cerita panas di Internet kerana bagi saya, itu semua tak perlu. Saya cuma melayari laman sosial Twitter (@FashaSandha1). Itulah medium yang menghubungkan saya dengan peminat.



“Bagi saya, Neelofa pelakon baru yang baik dan berpotensi pergi jauh. Apabila bertemu senior, dia tidak berat mulut untuk bertegur sapa. Bagi saya, sikap itu sangat bagus dan harus dikekalkan. Secara peribadi, saya selesa berbual dengannya biarpun hanya bertemu beberapa kali.

“Saya tidak boleh komen mengenai cerita murahan seperti ini kerana ia tidak berlaku. Tidak ada isu pun untuk diperbesar-besarkan,” katanya .

Reaksi berbeza daripada Neelofa yang sedia maklum, desas-desus kurang enak itu menjadi topik panas di Internet kebelakangan ini. Namun, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor tenang apabila persoalan hangat itu dibangkitkan.

Seakan-akan dapat membaca apa yang tersirat di fikiran penulis, sambil ketawa kecil si manis ini berkata, cerita itu sengaja diperbesar-besarkan, walhal antaranya dengan Fasha tidak ada apa-apa.

“Saya tidak pernah bergaduh dengan Fasha. Sebagai pendatang baru, saya menghormatinya. Ini gandingan kedua kami dalam sesi fotografi dan pernah bertemu dalam beberapa majlis.

“Biarpun ada nama besar dan disanjung ramai, Fasha melayan artis baru seperti saya dengan baik. Dia ramah dan mudah mesra, malah tidak lokek berkongsi ilmu. Setakat ini saya tidak ada masalah berbual dengannya.

“Hairan, antara kami tidak ada apa-apa, orang luar pula sibuk besar-besarkan cerita. Cara mereka bercerita ibarat artis bertarik rambut, padahal apa yang mereka perkatakan itu belum tentu sahih.

“Tolong jangan laga-lagakan saya dan Fasha. Saya masuk dalam industri kerana mahu kembangkan bakat, bukan mencipta nama dengan cerita kurang enak begini. Saya mengagumi bakat dan ketabahan Fasha. Dia anak seni yang berjaya,” katanya memohon pengertian supaya perkara ini bernoktah di sini.

4 comments:

  1. salam aya..slmt berhari mggu.G mana arini?
    Biasa la,citer2 camni akan menaikkan artis itu sendiri...

    ReplyDelete
  2. urm, gosip~ kadang2 betul tp ade mase tak :/

    ReplyDelete
  3. kalau gaduh pun takkan nak ngaku.. dorang pun pro.. gaduh2 pun blh photo shoot sesama.. hehehe

    ReplyDelete
  4. gosip nak merancakkan dunia artis tika ini

    ReplyDelete