14 January 2012

Rozita Che Wan elak bermadu



KECANTIKAN wajahnya sentiasa menjadi dambaan lelaki tak kira tua mahupun muda. Namun tidak dinafikan wujud perasaan cemburu pada sesetengah peminat wanita.


Masakan tidak pada usia 38 tahun, pelakon yang mendapat jolokan 'artis bergetah', Rozita Che Wan terus anggun dan mudah mencairkan hati lelaki.

Biarpun begitu, Rozita memberitahu, dia tidak mahu terburu-buru dalam memilih pasangan hidup walaupun telah sembilan tahun memegang status ibu tunggal.

Malah tegas aktres cantik itu, dia tidak akan sesekali merampas hak orang lain demi kebahagiaan dirinya.

"Pilih suami bukan perkara mudah untuk saya dan saya memang sangat berhati-hati dalam memilih perkara yang satu ini.

"Jadi saya rasa wanita di luar sana tidak perlu untuk mencemburui saya kerana saya tidak akan sesekali merampas hak milik orang lain," katanya 



Sering dikaitkan bercinta dengan jejaka yang jauh lebih muda dari usianya, menurut Rozita, bukan niatnya memilih lelaki muda sebagai buah hati.

Bagi Rozita sendiri, dia senang memilih untuk berkawan dengan lelaki bujang kerana tidak mahu dituduh sebagai perampas.

"Pilihan saya bukan semestinya lelaki muda. Mungkin ini adalah secara kebetulan sahaja.

"Bagaimanapun saya akui saya agak cerewet di dalam memilih teman hidup," katanya yang sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan juara Akademi Fantasia 8, Shahir dan terbaru, aktor muda, Zain Saidin.


No comments:

Post a Comment