03 February 2012

GLAM DEKO FEB 2012



Beli majalah, dapat satu apron cantik

Saya tak dapat menahan diri sekarang ni daripada membeli majalah deko...ishh tak tau la kenapa jadi kemaruk macam ni...kalau orang tak tau mesti fikirkan rumah saya cantik hiasannya tapi sebenarnya rumah ada barang asas je.

Rasa suka dan tenang hati melihat gambar rumah yang di hias cantik-cantik...ada waktunya saya teringat-ingat tentang hiasan sesebuah rumah yang betul-betul kena dengan citarasa saya.

Nampaknya ni kali pertama saya beli majalah Glam Deko, sebelum ni pernah la belek-belek, rasanya ini sesuai untuk rumah yang besar dan pastinya sesuai untuk pemilik rumah yang mempunyai bajet yang cukup besar..

Semoga majalah-majalah ni memberi idea kepada saya satu hari nanti, sekarang ni belum ada modal nak cantik cantikkan rumah.



1 comment:

  1. kdg ianya sebagai terapi minda buat kite yg balik dr keje yang serabut itu...

    mmg betul kakaya, rasa relax je tgk pic deko nie kan

    ReplyDelete