07 February 2012

Review Novel Mentari Cerah Lagi-----------Membosankan


Saya dah pun selesai baca novel ni ketika 2 hari bercuti di Tampin ....hmmm terlalu bosan kalau nak dibandingkan dengan novel Ombak Rindu dan lain-lain novel Fauziah Ashari.

Tak tau kenapa novel ni seolah-olah 'bukan' karya Fauziah...mungkin ada waktunya penulis menghadapi masalah kekeringan idea.

Tapi mungkin juga pada orang lain, novel ni seronok dibaca dan memuaskan hati.

Saya rasa seolah-olah sangat meleret-leret...akhirnya saya baca tidak sepenuh hati.

Sinopsis novel ni saya dah masukkan dalam entry terdahulu.

Novel ni bukanlah novel terbaru tetapi  mungkin sekarang diulang cetak ( saya tak begitu pasti) ...novel ni seolah-seolah terpinggir pulak..

Apa pun selamat maju jaya untuk Fauziah Ashari, semoga idea lebih best selepas ni!

1 comment:

  1. betul2 tu kakaya... sy pun kdg2 org kata tak best tp sy kata best.. sy kata tak best org kata best...citarasa lain2 kan...

    ReplyDelete