Review Novel Terbaru Norhayati Berahim 'Dari Milan ke Maran'

Kredit gambar untuk blog NB Kara

Saya suka novel-novel NB kerana pastinya banyak sekali pengajaran dan panduan yang kita perolehi secara tidak langsung diakhir cerita.

Bermula dengan kisah kehidupan kala kecil membawa kepada hidup seorang dewasa, menempuh dugaan hidup ,bercinta, berkahwin...semuanya seperti satu realiti yang dilalui.

NB tidak terlalu membuai perasan pembaca, tidak jugak membuat pembaca bosan ( pandangan peribadi saya) walaupun novel beliau memang tebal belaka.

Setiap novelnya akan dikupas cerita itu sebaik mungkin...kajian tentang sesuatu watak begitu mendalam sekali, saya rasa sebab tu lah novelnya tebal.

Kisah Dari Milan ke Maran ni adalah tentang kehidupan biasa...cabaran seorang ibu miskin membesarkan anak-anak ketika suami menjadi kaki ekor dan kaki judi...cabaran ibu yang kaya membesarkan anak-anak yang pelbagai sifat dan sikap,  suami sibuk dengan kerja sebagai wakil rakyat.

Kisah kehidupan seorang pemimpin...kisah percintaan...semuanya digarap sungguh indah...contoh-contoh yang begitu dekat dengan kehidupan seharian.

Hadis nabi, tafsir ayat Al Quran turut menjadi penyeri di dalam setiap novel beliau..Secara tak langsung memberi pemahaman kepada pembaca...tahniah untuk NB.

Semoga terus banyak idea untuk melahirkan karya bermutu.

1 comments :

eafatihah berkata... [Reply to Comments]

tak sabar nak baca! :D

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...