Riadah cara Salih Yaacob





JIKA difikirkan, bukan mudah bagi lelaki ini untuk membahagikan masa bersama isteri-isterinya apatah lagi dengan anak-anak.

Tidak mahu menjadikan ‘tidak cukup masa’ sebagai alasan, Salih tetap memastikan mempunyai kelapangan untuk bersama-sama anak-anak mahupun empat isteri.

Menurut penghibur yang sudah menceburi bidang seni seawal tahun 80-an ini, meluangkan masa bersama keluarga adalah sesuatu yang sangat bermakna bagi dirinya.

“Tidak dinafikan, kadang-kadang saya memang sibuk tetapi kalau ada masa terluang, memang saya akan ajak anak-anak dan isteri untuk keluar bersama.

“Bukan apa, walau sesibuk mana pun kita bekerja, dalam masa yang sama juga kita harus memberi perhatian dan tumpuan kepada keluarga.

“Lebih-lebih lagi keluarga saya pun memang jenis yang suka keluar berjalan-jalan, jadi memang meriahlah kalau keluar ramai-ramai,” katanya lagi.

Selain itu, Salih juga mengakui aktiviti riadah bersama keluarga yang selalu dilakukannya itu dapat membantu untuk mengurangkan tekanan.

Meskipun sekadar berjalan-jalan untuk mengambil angin, ia dapat melegakan perasaan, terutamanya selepas aktiviti seni yang padat.

“Apabila bersama keluarga, hilang jugalah segala masalah yang ada di kepala.

“Malah dalam masa yang sama, ia sebenarnya turut memberi peluang kepada anak-anak saya untuk lebih mengenali antara satu sama lain kerana mereka berlainan ibu.

“Aktiviti riadah sebegini turut dapat merapatkan hubungan mereka adik beradik.

“Contohnya hari ini, saya bawa empat orang anak saya dengan isteri kedua iaitu Effa Madiha, 19, Effa Nageeha, 15, Effa Fateha, 9 tahun dan Mohd Ehsan, 11 tahun.

“Sementara Farah Aqeesya, 3 tahun adalah anak bersama isteri saya yang ketiga. Jadi memang perkara sebegini dapat membuatkan mereka lebih bersatu,” ujar bapa kepada 11 orang anak ini lagi.

Selain bersiar-siar di lokasi berdekatan kediaman, Salih juga meletakkan hasrat untuk membawa keluarga besarnya melancong ke luar negara apabila berkesempatan.

Jika tahun lalu, dia telah membawa seluruh isi keluarganya melancong ke China, tahun ini dia merancang untuk mengadakan rombongan ke Singapura pula.

“Percutian di luar negara juga adalah salah satu cara saya meraikan ahli keluarga yang sangat memahami kesibukan saya selama ini.

“Walaupun hanya sesekali apabila ada peluang, kesempatan itu menjadi sangat bermakna kerana seluruh keluarga akan turut serta dan di sinilah peluang untuk lebih mesra dan berkasih sayang antara isteri-isteri dan anak-anak yang lain,” katanya sambil tersenyum lebar.

6 ulasan:

  1. 100 cuma 1 kot yang boleh buat macam dia..

    BalasPadam
  2. Blh atie bygkn camna dia menghandle 4 kluarga tu...dia mampu,biarlah.janji kluarganya bahgia & dia sentiasa ADIL.

    BalasPadam
  3. Dia berani buat, kerana dia berani menanggung. Orang sebegitu sudah kaji dan bersedia. Tak ramai lelaki mampu nak buat begitu.

    Terkurang sedikit itu, pasti mudah diatasi kerana dia tahu situasi yang sedang ditangani.

    BalasPadam
  4. Tak ramai yang berani seperti ni kak azie...yang kebanyakkannya berani untuk tambah kuota tp untuk menanggung semua tanggungjawab tu tak sebegitu 'berani'...biasanya tunggang langgang jadinya.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...