Home » , » Whitney Houston Meninggal Dunia

Whitney Houston Meninggal Dunia


Ratu muzik pop, Whitney Houston, 48, meninggal dunia pada Sabtu pukul 3.55 petang (waktu tempatan) di bilik Hotel Beverly Hilton yang didiaminya.
Jurucakap Whitney, Kristen Foster mengesahkan berita kematian penyanyi yang popular dengan lagu The Greatest Love Of All itu sebentar tadi.
Punca kematian Whitney menjadi tanda tanya apabila ia tidak didedahkan ole keluarga penyanyi kesayangan ramai itu.
Bagaimanapun, menurut polis di Beverly Hills, Lt Mark Rosen, kematian tersebut masih lagi dalam siasatan polis.
"Setakat ini, kematian ini tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah," katanya.
Tambah Rosen, pihaknya menerima panggilan daripada pihak sekuriti hotel berkenaan pada pukul 3.43 petang apabila mendapati Whitney tidak sedarkan diri.

4 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam aya...suaranya bestkan bila menyanyikn lagu2 bernada tggi..

Liza Abu Bakar berkata...

ajalnya setakat ini je... kita?

Kak Aya berkata...

@♥♥azatiesayang ♥♥salam atie..memang power suara dia..

Kak Aya berkata...

@Liza Abu Bakarbetul tu liza.....kita belum tau lagi macam mana..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...