19 March 2012

Anak Rozita Che Wan Merajuk si Ibu Lebihkan si Abang

Terkedu saya membaca Mstar Online yang menceritakan tentang kehilangan anak kedua pelakon Rozita Che Wan yang telah pun ditemui oleh pihak polis dan rakan-rakannya kerana punca dia merajuk kerana katanya  Rozita lebihkan si abang.

Budak-budak sekarang ni , silap sikit merajuk, lari dari rumah..time-time kita dulu tak pernah pun berani nak lari dari rumah..

Dulu-dulu Nadhirah pun pernah cakap "dhirah rasa macam nak lari je " bila merajuk dengan perangai adiknya, Umar.

Sejak dia melihat drama KASIH ALIA suatu ketika dulu, dia menjadi cukup takut untuk membayangkan diri dia hidup tanpa ibubapa. Terbaru dengan kisah kematian arwah Nurul Nadirah yang sungguh tragis membuatkan Nadhirah sentiasa rasa takut-takut waima nak keluar depan pagar sekali pun.

Berbalik kepada kisah anak Rozita Che Wan tu, syukurlah beliau sudah pun kembali ke rumah seperti biasa. Semoga perselisihan faham yang kecil itu dapat diselesaikan, biasalah bila usia diperingkat begitu, perasaan cepat memberontak dan sentiasa inginkan perhatian daripada keluarga.

Semoga kita akan menjadi ibu yang sentiasa ada disisi anak-anak kala mereka perlukan kita.



2 comments:

  1. jiwa anak remaja kadang sukar memahami kehendak org dewasa. tetapi kita yg dewasa ini yg dulu mengenal erti hidup kena cuba memahami mereka. syukurlah dah balik anaknya. dah lah single mom...susah hati lebih.

    ReplyDelete
  2. nasib baik dulu2 tak penah plak terlintas nak lari dari umah..huhu..naye..

    ReplyDelete