Home » » Budak patah tangan terkena bola rembatan Rooney

Budak patah tangan terkena bola rembatan Rooney

Saya share kisah pemain bola ni kerana dia adalah salah seorang yang Umar minat..mama Umar memang tak mengikut perkembangan bola sepak luar negara,langsung tak tau pun..


Penyerang Manchester United ini telah memohon maaf kepada seorang kanak-kanak, Jamie Thomas yang patah pergelangan tangan akibat terkena bola rembatannya ketika pemain itu memanaskan badan sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris di Wolverhampton Wanderers, Ahad lalu.

Thomas, yang berasal dari Wem, Shorpshire, berada di Molineux untuk menyaksikan pasukan kesayangannya, United buat kali pertama.

Malangnya, belum sempat menyaksikan perlawanan tersebut, dia mengalami kecederaan apabila mengangkat tangannya untuk menepis bola sesat rembatan bintang England itu yang terbang ke arahnya.

"Saya meminta maaf kepada Jamie Thomas. Saya telah menyediakan satu surat dan sehelai jersi yang saya tandatangani untuk dihantar kepada alamat rumahnya," tulis Rooney dalam akaun Twitter kelmarin.
... 

1 comments:

atuk berkata...

Assalamualaikum Kak Aya

sikap yg terpuji

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...