29 March 2012

Isu lagu 'Bawa Daku Pergi' - Galakkan Remaja Lari Dari Rumah?

Dalam kereta tadi terdengar isu tentang lagu yang sadang hangat dicorong radio ini diperkatakan oleh Linda Onn, DJ SuriaFM. Ada pihak mencadangkan lagu yang dinyanyikan oleh Zizan dan Kaka ini  diharamkan kerana liriknya seolah memberi galakan kepada para remaja melarikan dari rumah .

Bila diteliti lirik lagu tersebut, saya rasa ada kebenarannya juga.


bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Linda Onn sempat mendapatkan komen ringkas daripada Zizan tentang isu yang diperkatakan ini, menurut Zizan lagu ini hanyalah hiburan semata-mata tanpa ada maksud tertentu dan kalau nak lari tu tak semestinya dengar lagu ini baru lari, mereka akan lari juga tanpa mendengar lagu ini pun.

Hmm pada saya, lirik sesebuah lagu turut mempengaruhi pendengar...ada lagu memberi keinsafan, memberi kekuatan dan memberi nostalgia.

Apa pun, terpulang la kepada individu untuk menilai tentang lirik lagu ini.

9 comments:

  1. betul2..lagu pun boleh mempengaruhi seseorang~

    ReplyDelete
  2. dah la lirik ntah ape ape.. lagu plak tuh ciplak pakai lagu classical Pachelbel (Canon), antara lagu classical yg paling byk sekali diguna pakai semula oleh artis artis antarabangsa (vitamin C, coolio, etc..). Sungguh tak kreatif. Zizan ni pun ntah ape ape.. kat melodi tuh dok mmm ammm uhhh ckp cam sial tak reti ckp langsung sama cam dira bodoh tu gak.

    ReplyDelete
  3. AKU MULE2 DENAGR PUN DAH RASE PELIK LAGU NI...TP RUPENYE BUKAN AKU SORANG YANG RASE...LAGU YANG SGT X BERNILAI..

    ReplyDelete
  4. pigi mampusla zizan..haram jadah

    ReplyDelete
  5. yang menyanyi tu takpa lah.......yang mencipta lirik tu macam hampas....banyak lagi isu boleh diketengahkan.......pencipta lirik yang bodoh.

    ReplyDelete
  6. stupid people only know how to say other people are stupid :D but smart people will think a way so others will not look stupid.

    ReplyDelete
  7. ada aku kesah

    ReplyDelete
  8. haish.. semua yang mengutuk pakai anon.. maaf ye.. bukan saya nak bersifat kurang ajar.. cuma saya menanti kan kat dada akhbar "Remaja Lari Rumah Lepas Dengar Lagu di Radio".. agak kelakar bila lagu dipertikai jadi penyumbang kepada remaja lari rumah. it just a song. teen song. remaja yang konon nak lari lepas bebas. adat ketimuran yang penuh dengan pantang itu dan ini. tapi masih timurkah kita andai rasuah di sana sini? mencarut itu ini?

    masalah masyarakat kita sekarang ialah kita selalu pandang benda remeh sebagai benda besar sedang kan lebih banyak isu dan hal yang perlu diambil berat. hanya kerana banned lagu ni, akan turun kah peratus ank remaja lari daripada rumah? kalau betul perkara begitu terjadi, silakan :)

    ReplyDelete
  9. Hahaha... Kelakar la dengar komen Tanpa Nama... Marah betul pada Zizan... Hahaha... I think this song nice. Remind me a lot of things before married and after married. Dulu biler dah tension giler pasal keje so immediate action call member baik.. Gerak gi cuti mlm tue jugak... sejauh mungkin bawak kete. check in mana2 hotel... aslong kuar KL, Lupasa pasal keje, Pasal network,Pasal IT.
    Dah kawin pun wat benda sama. call wife. Jom mlm nie ke Cammaron, or Yang.. sok jom..Thailand Puket.. wahhh...

    Nice Songs ok

    ReplyDelete