06 March 2012

Misteri kehilangan Anita Sarawak

Tadi ada baca dalam Metro tentang kehilangan Anita Sarawak tanpa jejak....wartawan Metro menunggu depan rumah Anita di Las Vegas sampai berjam-jam selama 2 hari berturut-turut namun gagal berjumpa dengan Anita kerana rumah tu kosong je kot sebab tak ada sapa pun yang keluar .

Kelakarnya saya dengan rakan sekerja sibuk pulak berteka teki kemana perginya Kak Nita kita ni...macam-macam alasan yang kami fikirkan lepas tu pakat gelak sebab macam kelakar pun ye, dah le tak kenal batang hidung pun selain tengok kat TV, alih-alih nak tolong fikirkan pulak kemana perginya dia..kami ni bukan pemina pun..saja je nak jadi kepohci sebab tak ada kerja nak buat lepas makan tengah hari.

Boleh tahan jugak besar rumah Anita di Las Vegas tu...tersergam indah...yelah penghibur bertaraf antarabangsa la katakan.

Semoga Kak Nita sedang aman bercuti dan akan kembali memeriahkan dunia hiburan kita.

1 comment: