07 March 2012

Syukur...Umar dah pandai baca

Akhirnya beberapa hari ni dapat dengar Umar membaca ayat-ayat yang panjang dan ayat bercampur-campur, sebelum ni dia hanya boleh membaca perkataan yang mudah-mudah saja. Syukur padaMu , Ilahi!

Seingat saya, Umar memang mendapat lebih perhatian saya berbanding Nadhirah....kebimbangan yang lebih pun ye jugak..bukannya satu yang disengajakan tetapi itulah yang terjadinya...

bermula ketika tempoh mengandung yang bleeding, pindah rumah, arwah tok dan arwah tok ayah yang meninggal berselang 11 hari menyebabkan banyak airmata tumpah sepanjang 9 bulan 10 hari mengandungkan Umar.

Hmm pindah rumah pun boleh nangis ke? he he saya sedih nak berpisah dengan jiran saya suami isteri yang sangat baik sebenarnya...isterinya pernah bersusah payah menolong saya ketika baru-baru lepas bersalinkan Nadhirah dan macam-macam kebaikan lagi.

Bila Umar lahir, kebetulan Umar memang suka menangis ( manja lebih kot)...kiranya perhatian saya agak banyak tumpah kepada dia...

Nadhirah masuk je tadika dalam tempoh 8 bulan terus boleh membaca suratkhabar , ini cukup meriangkan hati kami...Nadhirah yang tak pernah liat untuk ke sekolah..pendek kata saya tidak terlalu berfikir terlalu-lalu tentang Nadhirah, segalanya mudah ...saya sangat bersyukur pada Allah.

Bila turn Umar pulak, di hantar ke tadika yang sama dengan si kakak seawai usia 3 tahun ( terpaksa hantar ke situ selepas bertukar-tukar pengasuh)..drama airmata Umar setiap hari kala ingin meninggalkan dia di tadika..bukan airmata saya tapi Umar punya airmata! Nak mandi untuk ke tadika pun liat sangat-sangat.

Beliau sentiasa disisi saya hampir sepanjang masa ( sekiranya hari cuti)...sampai sekarang, saya mesti sentiasa ada dipandangan mata dia. Nak menonton perlu berteman, nak main games pun mesti berteman.

Bab mengamuk pun sama, kalau dia marahkan sesiapa atau orang lain, saya juga la mangsa yang akan dijadikan punching bag oleh Umar.

Tahun ni , Umar akan memasuki usia 6 tahun pada December nanti, baru bulan ni dia mula pandai membaca..

Kata pengetua, Umar tidak la ketinggalan sangat jika dibandingkan dengan si kakak apatah lagi anak lelaki memang begitu gayanya ketika kecil, agak ketinggalan.

Umar lebih cepat membaca jawi berbanding huruf rumi, dulu si kakak selalu membaca buku Bahasa Melayu ketika belajar membaca, manakala Umar suka buku Al-Barqy.

Panjang pulak dah entry tentang Umar ni..he he...memang panjang kisahnya kalau nak diikutkan.. dia dah tidur , ye la jam pun dah 1 pagi...kalau belum tidur, mesti dia akan sangkutkan dagu dia pada bahu saya ni hingga selesai saya menaip entry....mesti ada apa-apa yang dia inginkan saya tulis pada entry kalau dia tau saya berkisahkan tentang diri dia.

Umar, Umar...

Mama sayangkan Umar dan kakak, semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.Amin!







1 comment:

  1. Sedapnya nama Umar... lembut bunyinya.
    Memang ada budak (terutama lelaki) agak perlahan dlm beberapa perkara, tapi lelaki ni biasanya mereka lebih fokus.

    Tak perlu bimbang sangat.

    ReplyDelete