Aaron Aziz tidak mahu berubah



Pagi tadi, Aaron menjadi tetamu jemputan di HotFM....wah bertalu-talu panggilan masuk yang ingin berbual dengan Aaron, kawan sepejabat pun dapat berbual ringkas dengan beliau.

Kebanyakkan peminat berharap anugerah yang dimenanginya 2 hari lepas tidak akan menjadikan Aaron lupa diri, sombong, angkuh dan berlagak.

Kata Aaron  - " kalau saya lupa diri bermakna saya lupakan anak isteri dan keluarga saya"

Bagus la kalau macam tu, jangan macam sesetengah pelakon, dapat anugerah terus demand.

Kala ditanya, bagaimana perasaan isteri beliau tatkala melihat lakon semula watak Hariz dan Izzah di atas pentas di malam anugerah tersebut, Aaron menjelaskan sebagai seorang isteri, pasti lah  sedikit terasa ( kalau saya, mesti banyak terasa he he).

Tambahnya lagi, sebenarnya mereka amat memahami antara satu sama lain, tambahan pula Diana adalah tulang belakang beliau, sudah faham sepak terajak, asam garam dunia yang penuh glamour ini.

Semoga rumahtangga mereka terus bahagia dan lakonan Aaron bertambah mantap.

Tahniah Aaron!



0 comments :

Catat Ulasan