Cerekarama TV3 Landasan Cinta

Rutin di hari Sabtu adalah update mengenai cerekarama yang bakal bersiaran malam ni, jam 10 malam di TV3.

Malam ini cerekarama akan tampil dengan kisah yang bertajuk "Landasan Cinta"

Kalau sebut landasan mesti terbayang lapangan terbang kan? Jadi ada lapangan terbang, adalah kapal terbangnya dan mesti ada Juruterbang kan?

Malam ni tentunya kisah seorang juruterbang yang bernama Umar bukan Umar Faris kat rumah ni ye walaupun Umar Faris kat rumah ni bercita-cita nak jadi Pilot he he..

Umar di dalam Landasan Cinta ini adalah seorang lelaki yang agak serius, jarang tersenyum namun mempunyai wajah yang tampan dan yang penting adalah masih Bujang ! 5 kali pernah putus cinta sebelum ni...mak Umar ni pula ada calon untuk si Umar ni, seorang tukang jahit di kampung Umar.

Itu mengenai watak hero, manakala  heroin pulak iaitu Nisha yang memenangi tiket penerbangan ke Peth dan dalam penerbangan tersebut, Nisha duduk bersebelahan dengan pasangan pengantin baru , iatu Shila dan Hisyam.

Shila ni nampaknya suka cakap besar a.k.a agak berlagak, ini membuatkan Nisya yang duduk bersebelahan merasa cukup rimas dengan sikap Shila tu.

Shila ni agak kaki kepohci kerana sibuk nak tau Nisha ni bujang lagi ke, dah kahwin ke...dek kerana meluat dengan sikap kepohci Shila tu, Nisha memberitahu yang boyfriend dia adalah seorang juruterbang.

Nisha berharap sangat tidak tinggal di hotel yang sama dengan pasangan pengantin baru tersebut tetapi sebaliknya yang berlaku..mereka tinggal di hotel yang sama dan asyik bertembung aja..alahai bikin spoil aje la..

Ada satu insiden menarik yang berlaku antara Nisha dan Umar iaitu insiden yang menemukan mereka berdua...dan ketika ini juga la Shila muncul ....jadi kita boleh bayangkan la macam mana situasi ketika itu...pasti la Nisha mengambil peluang untuk memperkenalkan Umar ini sebagai bakal suaminya kepada Shila..wowww saat ni mesti si Umar terpinga-pinga....

Untuk cerita selanjutnya, jangan lupa tonton malam ni ye...jam 10 malam , TV3.


Para pelakon adalah terdiri daripada Shah Jazle, Tasha Shila, Shah Iskandar, Fiza Elite, Lidyawati,Sharifah Shakinah.

2 comments :

Huda berkata... [Reply to Comments]

sapa pelakonnya kak?

Princess Solehah berkata... [Reply to Comments]

mesti tengok malam ni...hehe. Itupun kalau sempatlah sebab mlm ni nak mencari bahan-bahan mentah. peti ais dah kosong dah hehe

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...