Fida Ibrahim nafi berkahwin

Kredit gambar untuk Mstar

Lama betul tak dengar cerita Fida selepas tahun lepas hot dengan kisah dia dan Mamat Sepah.

Hari ni terbaca di dalam Mstar penafian beliau telah pun berkahwin dengan seorang VIP berstatus suami orang.

Hmmm kalau dah tuan punya badan nafikan, maknanya tak benar la tu berita tu. Lagipun menurut Fida, tarikh yang dikatakan mereka bernikah tu, Fida sedang sibuk menjalankan penggambaran.

Semoga berita ini tidak benar la ...bukan apa, sukar sebenarnya menjadi isteri kedua, ketiga, keempat....banyak sangat kerenah dan ragam yang kena hadapi.

Jadi, pada sesiapa pun jua, fikir-fikirkanlah sepanjang lebuhraya PLUS atau mana-mana lebuhraya kalau ada niat nak kahwin dengan suami orang, takut tak tahan dengan dugaan .

Selamat Maju Jaya untuk Fida.



0 comments :

Catat Ulasan