Hamil Di Usia 40an

Belek-belek Majalah MIDI keluaran terbaru dengan fokus Hamil Di Usia 40-an. Agak menarik, seperti yang telah saya tulis di dalam entry saya semalam, saya ada terfikir untuk hamil lagi cuma agak takut-takut kerana faktor usia dan kesihatan.


Kata sahabat baik saya kala saya bertanya pendapat beliau tentang hal ini:


" Isshh rasanya malu pulak kalau tiba-tiba dah usia menghampiri 45 macam ni , tiba-tiba disahkan hamil, malu dengan rakan sepejabat terutamanya, anak dara pun dah 20-an, ntah la rasa segan yang hanya kita je faham"




Ada tak orang lain berperasaan yang sama macam sahabat saya tu? Buat masa ni saya tidaklah terfikir tentang rasa malu, mungkin usia belum pun cecah 40 tahun tetapi bakal mencecahnya pada tahun hadapan, apa yang saya fikirkan adalah soal kesihatan, soal takut nak bersalin, soal pengurusan masa dan kewangan, soalan penjagaana baby ketika keluar bekerja,mak aiii banyak betul soalnya.


Ada seorang rakan sepejabat yang hamil kala usia mencecah 42 tahun,nampaknya anak dia sihat dan dah pun menginjak ke alam persekolahan.


Kepada yang merancang untuk hamil lagi, amatlah digalakkan mengamalkan pengambilan asid folik sekurangnya 3 bulan sebelum bersedia untuk hamil lagi.


Manakala yang mempunyai masalah kesihatan terutamanya diabetes, hipertensi dan obesiti,perlu lah mendapatkan nasihat daripada pakar sakit puan sebelum betul-betul membuat keputusan untuk hamil lagi.


Hmmm seronok dan teruja kan kalau tiba-tiba mendapat baby lagi, anak-anak kat rumah ni pun bising jugak sebab kata mereka, kawan-kawan mereka ada adik perempuan, ada adik lelaki tapi mereka hanya berdua aja.


Nampaknya seperti jodoh, rezeki di tangan Allah jua. Kita mampu merancang namun Allah jua yang menentukan.




Sahabat ku semua, suka bilangan keluarga yang ramai atau kecil? 


Sepasang cahayamata saya.

4 ulasan:

  1. kita suka ramai kak. pada kita usia 40 bkn halangan cuma kena saving tenaga je la. beranak muda ni kelebihannya agak cargas hendak mengejar anak2. heheheee.

    BalasPadam
  2. Salam aya..hamil diusia 40'an ni byk yg perlu kita fikrkn..trutama kesihatan kita.
    Biasanya mengandung diusia ini..badan makin lemah.
    Tp makcik atie mengandung diusia 43 tahun..ankanya sihat.trpulang masing2 la kan..klu dh rezeki takkan nk tolak :D

    BalasPadam
  3. Plan nak mengandung lagi...anak dah besar. Yg bongsu 11 tahun Dan yang sulung 12 tahun. Kalau Ada rezeki mereka ke Asrama alamak dok berdua le... Semoga Allah memberi rezeki lagi walaupun dah cecah 40s ni..temujanji dengan dr pakar sakit puan dulu next week.. Cek apa patut...kalau dah rezeki tak kemana.. Kalau tak Ada redha...

    BalasPadam
  4. assalamualaikom....akk pun bru tgh cari info pasal hamil pd usia 45...sbb dh lewat dtg bulan...risau jugak...anak dh ada 4org,semua dh besar2 yg sulung 23thn dh keje pun heheh....masaalahnya takut badan dh tak kuat..al maklom jea lah...penyakit lain tu xde lar..pening gak memikirknnya....rasanya kalau betul2 ada nie kena redha jer...Allah nk beri mesti bersebab...:)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...