09 April 2012

Kain Labuh Meleret, Dada terdedah

Itu adalah komen daripada anak dara saya,Nadhirah tatkala menonton Siaran Langsung Anugerah Bintang Paling Popular ABPH25 malam ini.

Katanya, pelik tak rasa malu ke bila bahagian yang sepatutnya ditutup tapi didedah, bahagian yang tak perlukan kain sampai meleret-leret, dijahit panjang sebegitu.

Hmm budak-budak cuma kaitkan apa yang mereka pelajari di sekolah dengan apa yang dilihat.

Betul la , pengaruh TV ni besar kepada kanak-kanak dan remaja, sebagai ibubapa kita kena terangkan sebaik mungkin kepada mereka agar mereka tidak terkeliru.

Teringat kata-kata Wardina ' tiada artis yang layak dijadikan idola".

Saya setuju tu.

Ada yang bertutup kepala ,tapi pakaian mengikut bentuk badan.

Ada yang bertudung separa je.

Ada yang belah sampai pangkal peha.

Nasib baik la Nadhirah tak menunggu sehingga tamat kerana esok sekolah, lagi pun rancangan sebegini bukanlah menjadi minat beliau. 





No comments:

Post a Comment