Nasi Lemak Neelofa


Saja je la namakan ianya sebagai Nasi Lemak Neelofa, sebenarnya nasi lemak ni di beli daripada restoran kepunyaan keluarga Lofa ,Village Park yang terletak di Uptown ,Damansara.

Sebenarnya dah banyak kali sahabat baik saya tu menguar warkan kelazatan nasi lemak Neelofa ni cuma saya je yang belum berkesempatan untuk merasa, kebetulan semalam dia membuat pesanan dalam kuantiti yang banyak, saya pun tumpang 2 kaki membuat pesanan .

Harga nasi lemak ni RM8 untuk ayam goreng berempah seperti di dalam gambar di bawah. Nasi lemak kukus, telur rebus, kacang, bilis goreng.




Ayam besar telah melindungi nasi, telur dan bilis , kacang dan timun

Kuantiti nasi adalah sekadar cukup-cukup untuk mengenyangkan perut , membuatkan kita selesa dan tidak la merasa kekenyangan yang amat.

Amat baik kalau nak makan sesekali ..kalau tiap-tiap pagi kang takut tahap kolestrol mencanak naik, badan makin menggeleber, maklum la kerja pun asyik duduk je (kalau macam saya ni)…bab harga pun boleh tahan jugak tu bagi sesetengah orang yang berpoket nipis macam saya ni ..



3 ulasan:

  1. Salam Aya.apa kabar?Br pagi tadi kuar tv restorant village park ni kat MHI TV3..
    Nampak cam xputus2 org kuar-masuk restorant.Maju betul....

    BalasPadam
  2. wahh..memang besar ayam tu. Kalau saya tak habis mkn seorang hehehe

    BalasPadam
  3. ngences air liur tgk ayam goreng berempah tu

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...