14 April 2012

Review Rancangan Realiti Versus di TV9 - Best!

Dalam banyak-banyak rancangan realiti yang ada di Malaysia ni, saya rasa rancangan ni lah yang paling best dan ada kelainan,tak rugi menonton dan cukup menghiburkan..paling best mungkin tiada part penyingkiran.

Malam tadi bermulanya minggu pertama yang menyaksikan pertempuran antara 5 band iaitu Hujan, Sofaz, 6ixth Sense, Black Parallax dan Go Gerila! 

Persembahan malam tadi adalah bertemakan "Hero Malaya" iaitu setiap kumpulan diberi satu lagu daripada nyanyian asal oleh Jamal Abdillah, M.Nasir , Aris Ariwatan,Nash dan Hattan. Mereka ini diminta menggubah semula lagu tersebut mengikut kreativiti mereka.

Secara peribadinya , kedudukan untuk persembahan malam tadi adalah seperti berikut:

1.Kumpulan Hujan - lagu Lamunan Terhenti. ( sekalipun gitaris Hujan tidak ada ketika persembahan malam tadi, prestasi yang ditunjukan oleh kumpulan ini pada tahap yang cukup memuaskan hati saya sebagai penonton)

2.Black Parallax - lagu Pada Syurga Di Wajahmu

3.Go Gerila! - lagu Biso Bonar

4.6ixth Sense - lagu Kau Lupa Janji

5. Sofazr - lagu Tanya Sama Itu Hud Hud ( kumpulan ini tidak begitu menunjukkan kelainan dari sudut kreativiti)


Pada saya, kebolehan juri Loque dan Jeniffer tak perlu dipertikaikan kerana mereka mempunyai kebolehan tersendiri untuk menjadi juri.

Tak sabar nak tunggu persembahan minggu depan!





1 comment:

  1. setuju dengan pilihan tuan rumah, memang terbaiklah rancangan versus ni, lagi menarik dari rancangan mania

    ReplyDelete