Rita Rudaini dan Aidil Zafuan sentiasa dilambung ombak

Sedih jugak la hati wanita saya tatkala membaca kisah pelakon Rita Rudaini yang sentiasa diuji semenjak hari pertama perkahwinan hingga kini masuk tahun ke empat.

KREDIT GAMBAR UNTUK MSTAR

Dugaan di dalam sesebuah rumahtangga bukan lah perkara enteng yang boleh diambil mudah, hanya mereka yang tabah dan tegar saja mampu menghadapinya.

Bercerita tentang perkembangan terbarunya, Rita mengatakan ada menerima mesej tentang niat Aidil untuk bercerai melalui sms. Sedih saya rasakan kenapa mesti menggunakan sms, kalau dulu ketika bercinta boleh dilalui pelbagai rintangan, kenapa sekarang menjadi sebegini hingga menyeksa perasaan wanita yang pernah dicintai suatu masa dulu.

Betul, saya langsung tidak tahu akan masalah yang mereka hadapi tetapi apa pun masalahnya, cuba la berbincang secara baik dan sekiranya perceraian adalah jalan terbaik, berpisah la dengan sebaik cara.

Mengikut berita di dalam Mstar, Rita berkata akan mempertahankan hak penjagaan anak kerana mereka berdua la yang menjadi penguat semangat selama 4 tahun perkahwinan mereka.

Sebagai seorang ibu,saya amat memahami betapa kuatnya rasa sayang yang mengalir di dalam jiwa seorang ibu terhadap anak-anak.

Semoga Rita terus tabah menghadapi dugaan hidup, pahit akan manis akhirnya.




2 comments :

permata biru said... [Reply to Comments]

sedih dgn kisah hidup mereka.semoga rita tabah menghadapinya..

Anonymous said... [Reply to Comments]

sabar ye kka rita..

Post a Comment