Rita Rudaini masih sayangkan rumahtangga

Sesiapa pun tidak akan dengan mudahnya untuk menerima untuk diceraikan tanpa alasan yang rasional. Begitulah Rita Rudaini, rumahtangga yang dibina penuh berliku dan beronak duri, bertahun cuba dipertahankan dan selagi boleh dipertahankan pasti dia ingin mempertahankannya.



Inilah kata Rita kala diminta memberi  komen selepas tamat perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.


"Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, maka saya tidak akan bersetuju dengan permohonan cerainya itu.
"Malah, ketika prosiding berlangsung, dia seperti teragak-agak apabila menjelaskan sebab-sebabnya dan hanya berkata kami sudah tidak serasi. Adakah itu satu alasan kerana sebelum dia keluar rumah, kami tidak bergaduh langsung," 
"Saya masih lagi sayangkan perkahwinan ini kerana kami telah melalui pelbagai dugaan bersama. Tetapi seandainya kami tiada jodoh, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa," 
"Saya pelik dengan kelakuannya kerana sebelum ini ketika kami berpisah sekejap dan kembali berdamai, dia telah berjanji akan menjaga rumah tangga kami tanpa sebarang campur tangan daripada pihak lain.
"Dan tak sangka selepas dia keluar rumah pada awal Januari lalu tanpa pertelingkahan, dia tidak lagi pulang ke rumah.
"Bagi saya, dia sebagai suami perlu pikul tanggungjawab dan buat keputusan sendiri tanpa pengaruh orang lain," 
Doa saya semoga rumahtangga Rita dan Aidil akan diberi jalan keluar sebaik-sebaiknya oleh Allah.


2 ulasan:

  1. Semoga rumahtangga mereka aman damai..dh ada 2 org cahayamata,sepatutnya HBnya kan lbh matang walaupon usianya jauh lbh muda dr Rita.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...