Scha Al-Yahya Duta Avon - Katalog Avon Kempen 9 2012

Dah lama tak membeli barang Avon ni sebenarnya, jadi ahli pun hanya untuk kegunaan diri sendiri je, biasanya beli yang dalam-dalam sana ,anak-anak belek mandian, pelembap bibir, makcik suka beli lotion Avon.

Ramai artis yang jadi Duta Avon ni , kan? Kejap tengok Neelofa, kejap muka Scha pulak ...apa yang pasti mestila yang muka lawa-lawa aja yang layak jadi Duta kan? Muka berkarat macam kak aya awak ni memang tak ada can la, layak jadi duta dalam album gambar sendiri je ..



Antara barangan yang sentiasa menjadi kesukaan Nadhirah, selalunya dia berangan untuk memiliki benda-benda ni semua tiap kali tengok Katalog Avon..selalunya hanya yang perlu aja saya belikan untuk Nadhirah ni, bukan apa, masa nak suruh beli memang la beria-ria tapi bila dah dapat tak ada la dia tu guna sangat, terbiar merata-rata..





Saya pula suka tengok yang ni, tengok aja selalunya yang beli hanya yang 'dalam-dalam' tu je






Banyak sebenarnya barangan menarik di dalam kempen kali ni tetapi malas pula nak snap gambar.

Ada kawan suka sangat order barangan Avon, ada pulak yang suka sangat order barangan Tupperware...hmmm di mana ada wanita, memang tak kan rugi la bisnes berkaitan wanita. Mesti ada yang beli punya!

0 comments :

Catat Ulasan