Aishwarya Rai tidak kisah dikutuk GEMUK!

Susah jugak ek jadi orang terkenal macam Aishwarya Rai ni ...gemuk pun kena kutuk kaw-kaw padahal bukan lakukan jenayah ke apa, cuba jadi macam saya ni, obesiti pun tak ada sapa yang kutuk eh bukan tak ada sapa kutuk , ada tu ada tapi tidak la seteruk Aishwarya ni....abis-abis sangat yang mengutuk saya adalah mereka sekeliling saya dalam rumah dan kaum keluarga je..kot ada yang mengutuk dalam hati tu , hanya Allah Yang Mengetahui.

Aishwarya ni baru je 5 bulan lepas melahirkan anak..normal la tu kalau berat badan masih belum turun..lagi pun dia menyusukan bayi dia...ishh tu pun mereka-mereka ni nak kecoh.. kejap je tu dia ambik masa untuk kembali langsing, percaya la...kalau saya yang ambik masa kejap je untuk kurus tu, jangan la percaya!

Kalau tengok gini macam bukan Aishwarya je tapi macam Rohaya hi hi

Dulu Datin Norjuma pun teruk kena hentam sebab badan tiba-tiba  besar gedabak lepas bersalin...cuba tengok sekarang ni, slim bukan main lagi dia.


Datin Norjuma, terkini...


2 comments :

Mama Farris said... [Reply to Comments]

biasela tu wanita lepas bresalin..maybe diorang ni tak dapat terima aisy yg cantik jelita tu bertuko rupa dah...tp rasa jap lagi cantik balik tu..

Kak Aya said... [Reply to Comments]

@Mama Farrisyelah, bila dah biasa tengok cantik, mata peminat jadi terkejut tengok dia berubah gemuk

Post a Comment