Cerekarama TV3 Cahaya Iman

Masa makan malam semalam di kedai makan, ternampakla promo untuk Cerekarama malam ni, jam 10 malam di TV3.

Tak jelas sangat jalan ceritanya kalau berdasarkan promo yang tak sampai pun seminit tu.

Pelakon yang kelihatan adalah Ryzal, Maria Farida, Wawa Zainal.

Ini sinopsis yang saya copy daripada blog KEPALA BERGETAR:

Cahaya Iman mengisahkan tentang keluarga Dato’ Khalid yang gembira apabila mendapat berita anak sulung mereka, Ikram akan kembali ke tanah air bersama isterinya. Apabila anak mereka tiba, Dato’ Khalid dan isteri terkejut melihat penampilan Nur Iman dengan baju kurung dan tudung, tidak seperti di dalam gambar yang mereka lihat sebelum ini. Datin Lydia berasa tidak selesa apabila Nur Iman cuba mengajarnya cara Islam. Datin Lydia ingin memisahkan Nur Iman dari anaknya.


Untuk lebih puas hati, boleh tonton sendiri malam ni, jam 10 malam.

1 comments :

Princess Solehah berkata... [Reply to Comments]

rasanya nak kena tengok malam ni....mesti best!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...