Kisah Suprise DI Hari Ibu Yang Tidak Menjadi..

Kelakar pun ada bila kenang-kenang semula semula apa yang berlaku pada Sabtu dan Ahad.

Petang Jumaat tu, balik je dari sekolah dia terus bagi kad dan sekuntum bunga kepada saya, katanya sempena Hari Ibu. 

Saya terima dengan hati yang gembira, biasalah ibu mana tak gembira terima hadiah daripada seorang anak, tak kisah la bagaimana rupa hadiah tu. 

"Buka sekarang la , mama"...desak dia. 

"Ala , Hari Ibu kan Ahad, kalau buka sekarang, tak ada feel Hari Ibu la", jawab saya. 

"Ye tak ye jugak",..dia bersetuju. 

Esok paginya... 

"Mama, petang nanti Dhirah dah plan dengan Abah nak ke Giant, cari hadiah untuk guru sempena Hari Ibu, mama dengan adik tak payah ikut la ye"? 

" Ok je kalau mama dan adik duduk rumah, lagi best, boleh rehat-rehat", jawab saya. 

"Mama kena pastikan adik tak ikut kita orang", pesan dia lagi.. 

"Ala adik tu senang je nak gula-gulakan dia, janji mama ada bersama dengan dia dan bagi dia guna PC tu, ok la dia", balas saya. 

Maka pergilah dua beranak tu ke Giant, Batu Caves untuk mencari Hadiah Hari Guru...dalam 2 jam lepas tu, balik rumah , terkocoh-kocoh Nadhirah naik ke tingkat atas untuk simpan hadiah-hadiah yang dia beli tu. 

Saya terfikir jugak kenapa sampai simpan kat atas, belum terfikir ada hadiah untuk saya sekali. 

Petang tu, lepak-lepak berdua dengan Nadhirah di ruang tamu. 

"Mama, tadi kan Dhirah ada tengok perfume Simply Siti, bau harum la...mama suka tak kalau ada orang hadiah kan perfume Simply Siti untuk mama?" soalan Nadhirah yang secara tak langsung memberitahu dia sebenarnya beli perfume tu untuk saya. 

"mestilah suka", kata saya. 

"hmmm tapi kami tak belikan pun untuk mama", jawab dia sambil sembunyikan senyuman di bibir. 

"mama kecewa tak kalau di Hari Ibu hanya menerima sekeping kad dan bunga yang tak seberapa seperti Dhirah berikan semalam tu?' soal dia lagi. 

" tak lah, kenapa nak kecewa pulak, mama suka dan gembira sangat terima hadiah daripada anak-anak mama". 

"ok la kalau macam tu, tak ada la Dhirah rasa terkilan bagi kad dan bunga je"..sambil menyembunyikan senyuman lagi.. 

" Ala dari senyuman Dhirah tu mama tau Dhirah belikan mama perfume Simply Siti kan? terus menebak je. 

"eh tak adalah  he he " tergelak-gelak dia. 

Kisah pagi semalam pulak.. 

"Mama, alang-alang mama dah tau ada hadiah untuk mama, meh la biar Dhirah bagi klu pada mama, apa yang Dhirah belikan untuk mama semalam", masih nak berteka tuuuu.. 

"Tak apalah, mama dah tau Dhirah belikan mama Perfume Simply Siti" 

"Dhirah ni benci la dengan mulut gatal Dhirah ni, tak boleh nak simpan rahsia, sekarang ni memang dah tak jadi surprise lagi la , mesti abah marah ni" 

"Tak apalah, sama je surprise atau tidak, mama tetap suka dan sangat suka sebab ni kali pertama terima hadiah mahal sikit daripada biasa sebab sebelum ni Dhirah cuma bagi kad dan bunga je" 

Jadi sebelum keluar makan tengah hari semalam, saya pun buka la hadiah tu..... 

"Dhirah ni memang la, abah dah pesan jangan sebut apa pun pasal hadiah untuk mama ni sampai la kita dah bagi hadiah ni pada mama" ....leter si abah. 

"Nak buat macam mana, mulut Dhirah ni gatal semacam je , rasa nak bagitau je kat mama, lambat sangat la nak tunggu hari ni untuk bagi hadiah tu"...ada je jawapan balas dia. 

Apa pun, saya sangat menghargai hadiah ni , pilihan anak dara saya tetapi pembayaran dilakukan oleh suami saya he he. 

"Mama kena sediakan duit untuk Hari Bapa pulak tau!'..Nadhirah mengingatkan saya.

2 comments :

Princess Solehah said... [Reply to Comments]

amboi kak aya....seronok tu dpt hadiah perfume Simply Siti hehe. Pandai anak dara pilih :)

kasihredha said... [Reply to Comments]

hihi..biasa le budak2...mana tahan simpan rahsia...mesti bocor punya

Post a Comment