Versus TV9 minggu ke 5

Black & Parallax nampaknya sekali lagi mendapat tempat di hati saya untuk pertempuran minggu ni.
Bagi la lagu apa pun pada band ni pasti 'menjadi'. Lagu Bulan Cinta yang dinyanyikan oleh Black malam ni terasa segar dan menarik dalam rentak pop.

Go! Gerilla pun tak kurang hebatnya,saban minggu muncul dengan arrangement muzik yang penuh kelainan dan kualiti gubahan mereka memang lain daripada yang lain. 

Hujan pula pada saya ( untuk persembahan malam ni) tidak begitu best,berbanding 2 minggu sebelum ni, malam ini adalah paling kurang menarik pada halwa telinga yang mendengar dan mata yang melihat. Malam ni Hujan membawa lagi Mengerti.

Tak sangka pula malam ni , Sofazr memberikan persembahan yang sangat baik dengan membawakan lagu nyanyian Nico, Inilah Nasibku..sempat buat rap lagi walaupun lagu tu dinyanyikan dalam rentak rock. Memang menghiburkan la. Kalau sebelum ni rasa kesian je pada kumpulan ni sebab agak ketinggalan tetapi lepas nyanyi lagu Nico, saya rasa kedudukan Sofazr menjadi lebih baik .

Paling tak best adalah 6ixth Sense! Lagu Fiona yang dibawakan oleh mereka kedengaran seperti tidak memberi apa makna pun pada pendengaran saya....mungkin muzik mereka tidak begitu kena dengan minat saya.


0 comments :

Catat Ulasan