12 May 2012

Tudung Aidijuma Menjadi Milikku.

Selama ni asyik buat entry mengenai tudung Aidijuma tapi belum pernah memilikinya, sekarang dah pun jadi hak milik, boleh la kita cerita lebih sikit. 

Tudung ni selesa di pakai dan senang nak cuci.....tak perlu cuci mesin pun..cuci tangan sikit2 dah hilang kotoran, itu pun kalau ada kesan kotoran la kan..bilas dan sidai , kejap dah kering. 

Setakat ni saya cuma memiliki bawal Aidijuma 2 tona je dulu. Beli di Central Market.



Label aJ pada tudung



Untuk saya yang menggemari tudung bawal dan tak suka berfesyen dengan tudung, maksudnya pin atas, pin bawah, siapppp, memang sesuai sangat la pakai tudung AIdijuma ni. Memang senang jelah kalau nak bentukkan bahagian atas tu, biasanya orang malas nak pakai tudung jenis bawal ni sebab susah nak bagi betul-betul menjadi dengan tudung bahagian atas tu.

Saiz tudung adalah bidang 45, memang sesuai juga untuk orang yang tak tinggi macam nih hi hi, tak tinggi tu faham kan maksudnya? 

Lagi satu, harga pun sangat-sangatlah mampu milik....kalau ada duit lebih tu, boleh beli banyak-banyak terus tapi saya hanya beli 2 helai je .

***Nampaknya Nadhirah dah mula ber - eksperimentasi dengan pelbagai gaya tudung. 

No comments:

Post a Comment