Final Versus TV 9 - HUJAN JUARA VERSUS

**Entry yang sepatutnya disiarkan sebaik saja selesai Versus tetapi boleh pulak terlelap di pertengahan rancangan....pagi ni baru boleh siarkan, itu pun berdasarkan komen juri dalam rumah ni):

Kalau tak silap, lepas je persembahan battle tu, undian SMS mula dibuka untuk memberi peluang kepada 2 band yang paling banyak menerima undian SMS yang akan membuat persembahan final yang akan merebut gelaran Juara VERSUS.

Black& Parallax muncul dengan medley 2 lagu, Merisik Khabar dan Sekadar Di Pinggiran. Lagu Merisik Khabar adalah pilihan juri manakala Sekadar Di pInggiran adalah pilihan band ini sendiri. Ini memang syarat untuk malam final. Eh ada satu syarat lagi iaitu seiap band perlu mencipta sendiri sebuah lagu khas untuk Final Versus.

Eh kenapa la suara Black ni sedap sangat....unik sangat pada telinga ni mendengarnya. Tambah hebat jadinya bila dia menyanyikan lagu- lagu tersebut dengan diiringi oleh Okestra. Tapi kata juri dalam rumah ni, Black tak tunjukkan kelainan walaupun suaranya memang tak dapat dinafikan memang paling power la!

Komen juri profesional dalam Versus pun nampaknya seperti biasa, memuji kehebatan suara Black dan kreativiti band ini mencipta semula 2 lagu tersebut.

Pihak juri memilih lagu Fiona untuk 6ixth Sense dan mereka pula memilih lagu Warisan.. Teruk tak saya kalau tak pernah menyukai band ini sepanjang 8 minggu Versus berlangsung? hmm ada orang kisah ke saya suka tak suka , apalah ...mereka best tapi hati tak begitu minat dengan muzik mereka yang agak keras pada halwa telinga saya..

Sofazr yang pertama di beri pilihan untuk menyanyikan lagu ciptaan sendiri, sedap lagunya dan saya percaya boleh hit cuma pada saya, suara Amer ni macam tak berapa nak lepas je..ecehh pandai pulak komen suara tak lepas...mungkin masalah pendengaran saya kot. Kesimpulannya lagu ciptaan band Sofazr ni tidak la mengecewakan.

*** time ni juri dalam rumah ni dah terlelap atas sofa,kalau juri terlelap, saya akan tulis apa yang saya rasa nak tulis je la, tak payah la tanya-tanya pendapat dia lagi hik hik.

Berakhir persembahan Sofazr, muncul la band pilihan juri dalam rumah ni, Go!Gerilla dengan lagu pilihan juri Curiga dan lagu pilihan band adalah Biso Bonar.

(Bagaikan ada yang tukang kejut si juri yang sedang terlelap ni, bunyi muzik pertama dari Go! Gerilla terus membuatkan mata si juri terbuka luas...amboiii kalau dah minat.)

Time ni saya pun berpaling tadah jugak la pada band ini sebab best dan sangat menarik pada halwa telinga kedua-dua lagu yang disampaikan...cayalah Go! Gerilla.

**** saya dah terlelap time ni!Sungguh menyesal rasanya kerana saya menonton semua konsert mingguan Versus.


Ini semua komen daripada juri dalam rumah ye bukan komen saya! 

1. Sofazr dengan lagu Basikal Tua dan Inilah Nasibku - best berbanding dengan nyanyian Sofazr pada kali pertama membawakan lagu ini tempohari.

2. Untuk lagu ciptaan sendiri, hanya band Sofazr dan Go! Gerilla je yang best.

3. Hujan dengan lagu Lamunan Terhenti dan Dan Bila Esok berganding dengan Siti - sangat menjadi dan tambah menjadi bila ada Siti Nurhaliza sekali untuk Irama Malaysia, bila dia bawak Siti sekali, secara tak langsung, peminat Siti yang dah sedia ramai tu akan turut mengundi untuk kumpulan Hujan namun begitu saya tak nafikan Hujan memang hebat dan punya peminat sendiri .

4. Keputusan undian SMS bagi menentukan 2 band yang akan bertarung untuk merebut juara berpihak kepada Go!Gerilla dan Hujan. Mereka perlu membawakan lagu Kumpulan Search dengan kreativiti mereka yang tersendiri 

Hujan menyanyikan lagu PAWANA dan Go! Gerilla dengan lagu SAAT KU IDAMKAN.

Pada saya, band Go!Gerilla menyanyikan lagu Saat Ku Idamkan dengan stail yang sungguh menarik dan sedap di dengar namun kreativiti Hujan menggubah semula lagi ni lebih terserlah dan mungkin sebab tu Hujan layak bergelar juara selain faktor tambahan dengan mengangkut Siti Nurhaliza sekali ketika persembahan sebelum tu.





0 comments :

Catat Ulasan