30 June 2012

Majalah Solusi Jun 2012

Sebenarnya baru saja mengenali majalah ni setelah melihat beberapa buah keluaran lepas di letakkan di atas rak di surau pejabat saya.

Majalah tersebut boleh dipinjam untuk baca, nak bawak balik pun boleh. Tengok pada tajuk fokus macam menarik, saya pun meminjam la sebuah dua untuk dibawa pulang.

Sangat menarik isinya. Penuh dengan ilmu agama yang sungguh bermanfaat. Tau ajalah saya selama ni kan kaki novel, kaki majalah, apa salahnya kalau tambahkan lagi isi dan corak bahan bacaan yang lebih bermanfaat ( sekadar untuk ingatan kepada diri sendiri yang sentiasa lalai ni)

Tadi ke pasar, sempat la singgah ke gerai buku dan majalah..seperti biasa sambar majalah MIDI , Anjung Seri dan kali tambah satu lagi majalah iaitu SOLUSI.



Penulis yang menulis untuk majalah ini bukanlah calang-calang penulis, boleh dikatakan semuanya mempunyai kepakaran yang tinggi di dalam bidang agama.

Membaca majalah ini seolah mengikui kelas agama yang mengajar pelbagai isu dan cabang kehidupan.

Hmm harganya RM10, sangat berbaloi dan tidak rugi sama sekali melabur untuk membeli.

No comments:

Post a Comment