23 June 2012

MasterChef Selebriti 23 Jun 2012- Leher Ayam dan Tongkeng Ayam

Sedang menonton Masterchef Selebriti di Astro Ria..tadi untuk sajian peti misteri dimenangi oleh Dr Fazley...bahan-bahan yang disediakan adalah ikan kering, jering, kerdas dan petai. 

Nampaknya selebriti lain tak begitu 'menjadi' di dalam menyediakan masakan menggunakan 4 bahan di atas. hanya Dr Fazley yang paling menyerlah.

Bila Dr Fazley menang untuk peti sajian misteri, beliau diberi peluang untuk memilih bahan utama untuk sajian cabaran, nampaknya beliau memilih tongkeng ayam dan leher ayam.

2 benda ni memang kesukaan saya..tapi yang saya tau masak dengan menggunakan 2 bahan ni adalah sup untuk leher ayam, tongkeng tu kalau goreng garam kunyit pun sedap.

Pernah saya makan tongkeng ayam celup tepung..sedap!

Kita tengok apa yang mereka masak dengan menggunakan 2 bahan utama ini.


Dr Fazley - Madu-madu ayam.

Tomok - Sepuluh dan Sembilan ( kelakar nama masakan Tomok) agaknya ni malam terakhir Tomok kot.

Angah - Leher Ayam Puteri Hang Li Po dan Tongkeng Ayam Hang Menggelupur ( sentiasa buat orang gelak je )

Soo Wincci - Taman Bunga Cinta Ayam ( dapat pujian Chef)

Azwan Ali - Oh Ayam Jiwaku Dak Dik Dup ( kuat drama la dia ni sorang)

Farouk - Set Beg

Dr Fazley johan lagi sekali malam ni...wahhh tahniah la..

Yang kena masak untuk ujian penyingkiran malam esok adalah Tomok, Farouk, Tanuja dan Angah..tiap minggu nampaknya nama Tomok naik untuk ke ujian penyingkiran.

Kita tunggu malam esok ye!

p/s: rimas tengok Azwan dengan pakaian tambahan dia tu...rasa macam terganggu pulak.


2 comments:

  1. kak saya takmo tomok terkeluar, saya suka dia, walaupun dia tak lah terer masak, tapi suka dengan kesungguhan dan kecomelan dia senyum, hehehe

    ReplyDelete
  2. kak nnti update terus mlm ni punya ye. hehe.. saya kat sini lmbt sungguh nak tunggu org upload. duduk perantauan pun masih tengok tv msia. hihi..

    ReplyDelete