Review Novel Keindahan Cinta Iman|Zuraidah Othman



Novel ni 2 hari lepas habiskan bacaan.

Menarik jugak novel ni..mengisahkan Indah Balqis yang ada kedai kek sendiri, bercinta dengan Shahim tetapi dihalang oleh ibu Shahim.

Ibu Shahim ni sebenarnya sakit hati dengan Nadiah yang asalnya bakal berkahwin dengan abang si Shahim tetapi akhirnya si Nadiah ni bertemu jodoh dengan abang Indah Balqis.

Dendam pada Nadiah menyebabkan Indah Balqis pula menjadi mangsa. Terpaksalah hubungan antara Shahim dan Indah diputuskan.

Nadiah ni memang jenis busuk hati punya orang...dia ada plan jahat dalam kepala, dia memang cemburukan perhatian yang diberikan oleh suami kepada Indah, lantas jalan jahatnya adalah menjodohkan Indah dengan adik majikannya. Niat di hati nak miliki butik milik Datin tu selepas perkahwinan antara Indah dan adik Datin tersebut. Tetapi adakah niat Nadiah ni untuk memiliki butik tu berjaya?Sila baca ye..

Adik Datin tersebut, Iman sebenarnya dikenali sebagai duda anak empat. Indah yang tak tau menau tentang jodoh yang ditetapkan ini mulanya hampir bersetuju untuk menerima Iman tapi akhirnya cabut lari ketika rombongan datang untuk meminang.

Pendekkan cerita mereka ni kahwin juga la....Lepas kahwin , cabaran untuk menguruskan budak berempat tu memang mencabar terutamanya nak menguruskan si Along tu..sebabnya dia ada hati pada Iman tu....ehhh bukan mereka tu anak Iman, tak kan boleh ada hati pulak? Haaa tu kena baca sendiri ye novel ni.

Sila la baca, sebab pada saya cerita ini menarik dan seronok dibaca... ada teladan dan pengajaran tersendiri.

Pandai la penulisnya mengabungkan cerita dari satu plot ke plot. Tahniah untuk Zuraidah Othman.



0 comments :

Catat Ulasan