18 July 2012

KENAPA PEREMPUAN RAMAI DI NERAKA

Sekadar perkongsian bersama, semoga bermanfaat.


Firman ALLAH SWT: “Dan hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka.” (Surah An-Nur ayat 31) 

Ulasan  Ayat :
 

1.        ISLAM telah mengangkat martabat 
perempuan daripada sehina-hina kedudukan KETIKA zaman jahiliyah hinggalah semulia-mulia darjat.  ALLAH SWT telah menciptakan perempuan dengan seindah ciptaan.  Rakaman di dalam kitab ALLAH SWT tentang wanita adalah khusus, berbanding lelaki. 

2.        Tetapi apa yang berlaku, wanita hari ini sudah tenggelam dalam nikmat keindahannya sendiri, hingga terlupa kepada kemulian yang telah diberikan, tidak menghargai keistimewaan yang ada hingga meruntuhkan harga dirinya sendiri. Keistimewaan itu adalah 
AURAT. 


3.        Setiap perempuan wajib menutup kepalanya dengan tudung(tidak jarang)dan juga bahagian dada termasuk leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh mendatangkan fitnah seperti( pinggang, punggung, paha dan betis) daripada dilihat oleh semua orang yang bukan muhrim.
 

4.        Menurut Hadis Rasullah SAW: “Ada dua golongan dikalangan ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:



1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang iaitu (penguasa yang zalim) dan 


2) Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi TELANJANG, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk Syurga serta tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan.” (Riwayat Muslim) 

5.        Mereka dikatakan berpakaian tetapi telanjang
 kerana pakaian mereka tidak berfungsi menutup aurat, pakainya tipis, ketat sehingga menampakkan warna kulit dan bahagian tubuh yang menjadi fitnah.
 

6.        Menurut Dr Yusuf Qardawi
, yang dimaksudkan dengan perhiasan di dalam ayat ini ialah, apa saja yang dipakai untuk mencantikkan tubuh baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh. Ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make up atau sebagainya.
 

7.        Semoga ilmu yang disampaikan membuahkan amal, amal yang dilaksanakan adalah IKHLAS kerana ALLAH…
 

8.        Jika kita takutkan ALLAH dan cinta padaNYA, cinta pada RASULULLAH, kita tidak akan tergamak melakukan sesuatu yang melanggari syariahNYA, kita beramal bukan kerana makhluk tetapi kita menjunjung perintah kerana ALLAH. 


       WALLAHU’ALAM.
 

No comments:

Post a Comment