09 July 2012

MasterChef Selebriti - Dr Fazley layak ke Final?

Saya jarang dapat peluang menonton rancangan TV lain selain siaran ASTRO CERIA ...haaa suka atau tidak, itu je channel yang memang terpasang tiap kali on TV.

Kalau mood 'budak tu' nak berlebih kurang dengan orang lain dalam rumah tu, dapatlah kita merasa menonton rancangan kegemaran kita pulak.

Malam tadi mood dia tersangat ok dan sangat bermurah hati untuk sama-sama menonton MasterCef Selebriti.

Seronok melihat 5 peserta memasak setelah masing-masing diberikan lagu yang tertentu dan mereka perlu memasak mengikut mood lagu tersebut.

2 peserta yang menjadi tarikan saya adalah Soo Wincci dengan Dr Fazley.

Saya harapkan ada 2 pemenang malam tadi tapi seperti dijanjikan hanya seorang yang menang dan seterusnya layak untuk ke FINAL.

Soo Wincci memang menjadi malam tadi...masakan beliau begitu tepat dengan tajuk lagu Dari Sinar Mata sekalipun seperti kata Wincci dia tak pernah tau tentang lagu tersebut. Kalau saya kat tempat dia, mau saya masakan telur mata kerbau je ha ha.

Malam ni mesti penuh dengan debaran kerana malam ni akan terjawab siapakah seorang lagi peserta yang bakal berentap bersama Wincci di malam final.

Kalau tanya saya siapakah yang bakal menjadi pesaing kepada Wincci, saya agak Dr Fazley walaupun telahan awal saya dulu agak tersasar kerana saya menjangkakan Juliza yang akan berentap bersama Dr Fazley pada malam final nanti.

Harap-harap Umar masih bermurah hati malam ni untuk sama-sama menonton MasterChef Selebriti.

p/s: kawan-kawan teka siapa yang bakal ke final selepas Wincci?


2 comments:

  1. kita pun rasa dr fazley la kak aya..antara dr fazley atau juliza kot

    ReplyDelete
  2. soo winci tuu handal juga memasak

    ReplyDelete