23 July 2012

Wasiat Terakhir Rasulullah

Sekarang ni waktu rehat, walaupun setengah jam je tak nak la melentokkan kepala di atas meja seperti Ramadhan sebelum ni, kena la ubah sikit kebiasaan..oleh kerana banyak Majalah Solusi keluaran lepas yang disediakan di surau untuk dipinjam, kita pun  ambil peluang ni untuk ulangkaji semula apa yang telah dipelajari ketika di sekolah dulu..baca ilmu agama di dalam majalah ni.

Kali ni kita cungkil balik ingatan kita tentang Wasiat Terakhir Rasulullah.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 


"Wahai manusia, dengarlah kata-kataku . Sesungguhnya aku tidak mengetahui adakah aku akan bertemu dengan kamulagi selepas tahun ini, di tempat ini buat selama-lamanya ." 
 (Sahih Muslim) 

Itu lah kata-kata Rasulullah yang menggambarkan baginda sudah mengetahui kematian sedang menghampirinya. Pada 8 Zulhijjah, Nabi s.a.w pergi ke Arafah dengan  menaiki unta melalui Mina dan tinggal di Mina sehingga terbitnya matahari 9 Zulhijjah. 

Pada hari tersebut , bumi Arafah menyaksikan ssatu perhimpunan besar dan hebat apabila ramai manusia berkumpul untuk mendengar nasihat dan wasiat baginda. 

Antara wasiat baginda: 

1. Menjaga hak asasi manusia 
Baginda menyeru semua agar bersatu dan melupakan segala sengketa yang lalu.Jangan berdendam antara satu sama lain. Kesucian darah tidak perlu ditumpahkan ke muka bumi secara sia-sia tanpa tujuan. 

2. Menjaga kesucian harta 
Baginda memberi amaran agar tidak bersubahat dengan amalan riba. 

3. Tidak mengikut jejak langkah syaitan 
Syaitan telah berjanji dengan Allah untuk menyesatkan manusia. Oleh sebab itu baginda sangat risaukan umatnya yang mudah teirkut dengan bisikan syaitan. 

4. Menjga dan menunaikan hak wanita 
Wanita adalah amanah Allah kepada lelaki kerana telah dihalalkan wanita kepada mereka. 
Wasiat agat lelaki menjaga wanita adalah wasiat yang penting yang perlu dipandang serius oleh para suami. 

5. Berpegang teguh dengan Al Quran dan Sunnah 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud" 
"Aku tinggalkan kepada kamu sesuatu.Jika kamu berpegang dengan kedua-duanya,maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Iaitu kitab Allah dan Sunnahku. (Riwayat Muslim dan Abu Daud) 

Baginda menyatakan dengan jelas ini lah dua sumber yang perlu dirujuk oleh semua umat Islam.Segala yang terkandung di dalamnya sentiasa relevan sehingga kini dan selama-lamanya. 

Semoga bermanfaat. 

Sumber Majalah Solusi. 

No comments:

Post a Comment