Umar Belajar Main Chess

Abah Umar memang seorang pemain chess yang bagus..tapi mama Umar memang tak pandai langsung.

Nadhirah dah agak pandai untuk bermain chess, Umar baru je mula diperkenalkan secara lebih serius oleh abahnya ketika Ramadhan lalu.

Taip-tiap petang, sementara menunggu waktu berbuka, Umar akan menghabiskan masa dengan belajar bermain chess.

Baru-baru ni dia ada tanya saya :

"mama nak belajar main chess tak? senang je, biar Umar ajar"

Bagi tidak menghampakan dia, saya pun setuju untuk jadi pelajar tak bertauliah dia he he.

Hmm buat masa ni , pelajar ni belum dapat menerima ilmu yang diajar oleh guru kecil itu.

Kalau main dam aji, memang saya pandai atau pun dam ular, lagi seronok!





1 comments :

Jendela Hati berkata... [Reply to Comments]

bagus main chess nie, si adik pun penah ajak si ibu nie, tp si ibu nie haram tak tahu nak main hehe

Catat Ulasan