03 November 2012

Mengidam @ Teringin@Psikologi

Kisahnya waktu rehat 2 jam semalam di pejabat, saya masuk bilik files untuk meluruskan badan , untung-untung sempat terlena untuk hampir 2 jam tu.

Sebelum tu, saya dan sahabat dah awal-awal turun makan....makan buah je pun,tak ada selera pulak bila tengok macam-macam lauk dan makanan yang ada..bila naik atas semula tengok semua pegawai saya rileks je kat tempat duduk..biasanya kalau hari Jumaat begitu, belum masuk waktu rehat,semua bayang dah hilang.

Mungkin disebabkan pengurus saya tu sedang menunggu hari untuk bersalin, makanya para pegawai turut sama tak larat nak keluar...oh rupanya mereka berempat ni telah pun membuat pesanan penghantaran Domino Pizza.( saya baru je makan sehari sebelum Raya Haji baru-baru ni).

Tak tau nak buat apa tercongok je di kerusi, nak membaca memang sah-sah perasaan tak suka nak membaca buat masa ni...ambil kusyen kecik, masuk bilik files, kunci, bentang kotak besar, bentang selimut cotton, baring dan tak lama kemudian zzzzzzzz.

Sebelum alarm handphone berbunyi, saya dah terjaga, macam tiba-tiba je terjaga terus terdetik di dalam hati " sedapnya kalau dapat makan kerabu kaki ayam", saya tak pasti ada ke lauk ni? rasanya macam pernah dengar je dan pernah merasa, eh tak pasti la...

Lepas tu boleh pulak terlelap semula....sekitar jam 2.20 saya betul-betul terjaga dan tak nak tidur lagi dah.....tapi masih berselimut di dalam selimut cotton, sejukkk jeee.....kalau la dapat berbungkus macam ni sampai 5.15? Hmmm mau disuruh bungkus semua balik rumah dan tak payah datang-datang lagi dah agaknya kalau terkantoi macam tu time kerja.

Malas nak layan perasaan, saya pun bangkit kemaskan semula barangan keperluan saya tadi tu...sambil-sambil tu otak ni boleh pulak cakap , mesti ada domino 1 slice atas meja nanti, fuhhh bestnya ...

Keluar dari bilik tu dengan penuh yakin nak makan domino....sampai di meja, hmmmm kosong je meja, kecewa kejap ( sebenarnya saya tak tau kenapa berharap sangat dengan domino tu padahal baru je makan minggu lepas dan lagi satu, para pegawai tu tak pernah pun baik hati nak membelanja makan untuk saya dan sahabat, tambahan pula mereka membuat pesanan tu dengan bayaran sendiri).

Maka bertanya la saya yang sedang kecewa ini kepada sahabat saya...'eh tak ada orang offer ke?'.. ada, katanya ....tapi tak nak la ambik dah tentu mereka order cukup-cukup je untuk mereka dan kalau mereka nak kita join sekali mesti mereka tanya kita jugak sebelum buat pesanan, awak teringin ke?....'eh tak la, saja tanya , kot-kot la mereka teragak nak bagi kita'...eh awak ni, macam baru kenal pulak dengan mereka ni, memang mereka ni baik tapi bab-bab makan free ni susah sikit '.

Kejap je la rasa kecewa yang melanda....sebab saya rasa nafsu je kot yang memenuhi ruang fikiran...atau pun saja nak mengambil kesempatan atas keadaan berbadan dua ni...

Pagi-pagi ni saya dah bangun, sambil-sambil mengemas apa yang patut, saya dah terfikir nak beli bahan untuk masak laksa penang hari ni..tak pasti jadi ke tak plan tu, kita tengok je la nanti.

p/s: Ada yang mengidam pelik-pelik tak masa mengandung? Saya tak pernah mengidam pelik-pelik setakat yang dah lepas-lepas.

No comments:

Post a Comment