Serba Serbi Tak Kena!

Petang semalam baru je sampai dari Terengganu....kali ni saya sangat berat hati nak balik KL, hormon yang ada dalam badan ni mempengaruhi minda, tinggal di Terengganu sangat seronok, balik KL amat membosankan!

Jahatkan perasaan tu? Apa taknya, saya tak boleh nak ingat tentang kerja-kerja pejabat, rasa mual dan loya semacam je.

Biasanya saya sangat suka makan 'kayu keramat' kalau balik kampung, kali ni nampaknya suami saya yang gemarkan kayu keramat, saya tak suka.

Hati teringin nak makan nasi kerabu bila jejak kaki di Terengganu tapi bila ada depan mata, saya asyik menjamah nasi dagang je, 2 kelongsong (2 bungkus) setiap hari .

Biasanya berat hati untuk balik semula ke KL tu hanya terasa bila saat meninggalkan mak, lepas tu bila sampai KL, fikiran dan fokus kembali seperti biasa tetapi kali ni perasaan sebak sebu tu berpanjangan hinggakan tengah memandu untuk membeli sarapan pagi tadi pun airmata boleh bergenang, tiba-tiba rasa rindu dengan keindahan kampung, siap berangan andainya mampu saya dirikan sebuah rumah kecil untuk saya dan keluarga untuk kami menginap tiap kali balik kampung. Macam-macam impian, angan-angan bergabung saat ini.

Deria bau pun macam hanya mampu mencerna bau busuk je, serba serbi busuk pada hidung saya ni..bau sabun pencuci, softlan, bau sambal, bau teh susu, semuanya busuk...tak tau apa yang wangi saat ni.

Malas datang merajai perasaan....nak tengok blog pun rasa tak lalu..tengok Nuffnang , tak ada kemajuan pun , macam mana nak up traffic kalau sebulan ada sekali dua je update entry terbaru, tak boleh nak paksa diri saat ni, semuanya tidak terkawal...rasa nak berehat je..terpaksalah biarkan blog ini begini hinggalah semangat rajin datang kembali seperti dulu. Tambahan pula saya sekarang tak suka membaca novel, jadi tiada lagi entry untuk review novel, ini salah satu penyebab kejatuhan UV yang amat ketara.

Malam-malam kerap terjaga kala tidur, lepas tu sempat berfikir itu ini sebelum kembali terlelap, begitulah rutin saya tiap malam sejak mengandung ni..kadang-kadang tu kalau memang sudah tak nak lelap lagi dah, saya bangun dan lakukan perkara yang lebih berfaedah untuk diri dan baby dalam kandungan.

Selera makan ketika di kampung sangat memberangsangkan cuma malam memang tak ada selera lagi dah nak makan, hanya makan ketika siang saja, saya belum timbang berat sejak balik kampung.

Bulan Disember nanti, saya akan mula melakukan pemeriksaan dengan gynae untuk kali pertama.

Esok kerja.....perasaan jemu nak ke pejabat memang sukar dilafazkan dengan kata-kata, nak gambarkan dengan perbuatan pun sukar, hanya Allah je yang tau hinggakan mengalir airmata kerana seperti dipaksa ke sekolah ketika mula-mula masuk Darjah 1, 32 tahun yang lampau..macam tu la perasaan saya saat ni, tak nak ke pejabat tapi perkara itu adalah kewajipan untuk saya lakukan.


Syukurlah saya tak ada alahan yang teruk macam sesetengah orang lain...saya rasa apa yang saya alami sekarang ni takat biasa-biasa je...


Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan melawan 1001 perasaan yang yang sedang melanda jiwa ini! Amiin..

p/s: ada tak perasaan pelik-pelik yang sahabat alami ketika mengandung?








1 comments :

Ujie berkata... [Reply to Comments]

tahniah!

eh, saya pun kat tganu gak ni. setiu. mmg rasa seronok dok kat sini..pantai cantik sgt. rasa takmo balik bangi.

Catat Ulasan