08 December 2012

Minggu ke 12 kehamilanku

Segalanya seperti biasa saja....masih juga belum check up, plannya mungkin lagi 2 minggu nak mula check up.

Saat ni agak cepat terasa rimas, nak marah pun cepat je...tapi sentiasa ingatkan diri untuk sentiasa bersabar.

Umar sekarang ni nampaknya manja lain macam...selalunya dah manja, tapi sekarang ni extra manja.

Nadhirah yang jarang-jarang jeles dengan Umar pun nampaknya tak dapat menahan diri daripada menunjukkan rasa jeles.

Minggu lepas, dia merengek minta disuapkan nasi sebab Umar selalunya disuap kalau nak makan...ok malas nak kecoh-kecoh, suap je dia , habis sepinggan nasi.

Lepas tu dia bising-bising, asyik Umar je yang dapat pegang tangan mama bila nak tidur.

Ok, lepas Umar lena, bagi Nadhirah pula pegang tangan.

Lepas ni tak tau la apa lagi yang nak dijeleskan oleh mereka ni.

Selera makan nampaknya dah mula nak pulih walaupun saya masih belum ada selera untuk makan waktu malam. 

Tak boleh minum teh buat masa ni, cepat nak termuntah..makan masakan berlemak pun boleh rasa mual dan loya.

Tengah hari tadi makan nasi berlaukkan budu, campur sedikit durian, ikan kembung panggang - wow memang sangat memberi kepuasan. Saya dan Nadhirah sama-sama minta nasi tambah.** makan kat kedai , 3 beranak.

Kadang-kadang banyak senarai makanan yang datang beraja di mata dan selera tetapi sekejapan itu, selera itu lesap ntah kemana.

Hmm macam-macam kerenah ibu mengandung ni ye!


4 comments:

  1. Kak, maaf lambat ucap tahniah..so akak dengan saya lebih kurang jelah ek..saya dah 13 minggu sekarang..pun belum checkup kat klinik kesihatan lagi, hehe..Jaga kesihatan ye kak..

    ReplyDelete
  2. Seronok sya baca
    semoga selamat sihat ke dua duanya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..semoga k.aya trus sihat smpi wktu melahirkan ye..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...
    tahniah k aya. seronok nak timang cahaya mata baru. semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang sempurna kepada k aya dan bb sehingga selamat melahirkan nanti. In Shaa Allah...

    take care kak...

    www.shakeezmom.blogspot.com

    ReplyDelete