Minggu membeli belah kelengkapan sekolah

Minggu ni adalah minggu untuk membeli segala kelengkapan sekolah. Pakaian , buku dan juga kerja-kerja membalut buku.

Sabtu dapat bonus, Ahad tu dah licin.

Tak ada merasa nak manjakan diri, mewahkan diri sendiri, tak apalah ini semua kan tanggungjawab bersama sebagai abah dan mama yang inginkan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik.

Saya suami isteri bersembang-sembang mengenai perbelanjaan persekolahan masa kini yang sangat ketara bezanya dengan zaman saya suami isteri dulu, yelah kami anak -anak zaman 70-an.

Hampir 1K untuk kelengkapan persekolahan untuk 2 orang, tak termasuk yuran persekolah dan yuran pendaftaran transit 

Kami terfikir bagaimana kalau satu keluarga tu mempunyai anak-anak yang ramai , bagaimana ibubapa mengatur perbelanjaan untuk anak-anak mereka.

Sekarang ni kami perlu lebih menabung memandangkan belanja untuk tahun akan meningkat lagi . Namun begitu perbelanjaan harian perlu berjalan seperti biasa.

Semalam perlu menyiapkan borang prestasi tahunan, besar harapan dapat kenaikan gaji yang lebih sedikit pada tahun depan tapi saya akur dengan keadaan yang telah kami lalui sejak berbelas tahun saya menjadi kakitangan di situ. Cuma sebagai hamba Allah, saya tidak pernah berputus asa untuk berdoa agar sentiasa dimurahkan rezeki .

p/s: Nadhirah nampaknya sangat teruja untuk memulakan sesi persekolahan, dah berkali-kali dicubanya pakaian sekolah kebangsaan dan sekolah agama, manakala Umar adalah biasa-biasa je, agaknya anak lelaki memang macam tu kot. Dia buat dekkk je tengok kakak berposing lengkap daripada tudung hingga ke kasut.




3 comments :

Huda berkata... [Reply to Comments]

betullah kak, semalam saya baru beli separuh kelengkapan untuk zarif, harini ke esok nak sambung lagi..huhu duitnya laju mengalir tapi segalanya demi anak..

Chekgu Azrine berkata... [Reply to Comments]

nasib sek persekolahan dah di mansuhkan..at least kan..

Ibu Lala berkata... [Reply to Comments]

Tu la kan.mmg terasa betul perbelanjaan utk ke sklh ni. Blm masuk tusyen labagai....

Catat Ulasan