Novel Mentari Cerah Lagi|Fauziah Ashari


Kawan bagi novel ni semalam tapi belum belek langsung lagi...tak pasti besti atau tidak..

tengok pada sinopsis macam best je.


Dianiaya oleh si ibu sendiri, Suha menjalani hidup yang serba kepayahan. Walaupun masih dibenarkan bersekolah tetapi hidup Suha tidak seperti gadis remaja yang lain. Suha tidak dibenarkan berkawan, dilarang terlibat di dalam aktiviti sekolah malah sekiranya Suha terlewat pulang seminit pun akan disoal bertubi-tubi oleh si ibu. Silap haribulan akan dipukul. Belas rasanya bila rambut Suha dipotong pendek seperti lelaki oleh ibunya gara-gara Suha dikatakan berhubungan dengan lelaki.

Keputusan peperiksaan Suha yang agak baik juga tidak dapat menggembirakan hati ibunya. Saidah mencari helah untuk mengahwinkan Suha dengan Yem, pemuda yang terencat akal. Mujurlah Munir, cepat bertindak menyelamatkan Suha dengan menawarkan diri untuk mengahwini Suha.

Derita hidup Suha tidak berakhir di situ. Munir pula dirasuk amarah dan cemburu pabila terjumpa foto Suha di bilik anak bujangnya, Adam. Mulalah Munir berfikiran yang bukan-bukan dengan mengesyaki Suha mengahwini dirinya kerana harta. Ditambah lagi Munir sering dihantui kenangan lalu arwah isterinya yang curang sehingga melahirkan Adam.

Amarah Munir sampai di kemuncak pabila menyaksikan adegan Adam dan Suha berdua-duaan di dalam bilik tidur. Tanpa bertanya dan menyiasat duduk perkara terlebih dahulu Munir telah menghalau Adam dan Suha dari rumahnya. Pergilah Suha mencari jalan hidup sendiri. Aduhai, malang sungguh nasib si Suha. Mendung yang berterusan namun bilakah matahari akan menyinar lagi.

SINOPSIS FILEM AZURA 2011

Versi baru Azura 2011, Zack bukan mat motor tapi suka main paintball sebagai hobi.

 Dia jatuh cinta pandang pertama terhadap Azura yang hanya bekerja sebagai petugas kaunter di sebuah pusat paintball (bukan lagi pelajar sekolah menengah yang membantu ibu saudaranya di restoran).

 Kalau siapa pernah tengok filem Azura 1984 dulu, Zack kahwin dengan Azura tapi tak direstui oleh bapa Zack, mereka tinggal dirumah sewa kecil dan Zack kerja di stesen minyak dan kerja buruh kasar je. Azura pulak kerja di kedai butik. 

Tapi dalam versi 2011, Zack bawa Azura bertemu bapanya di Paris, namun niatnya untuk mengahwini Azura ditentang bapanya dengan alasan Zack masih mentah dan belum mampu berdikari. Namun, dengan bantuan nenek Zack (lakonan Afida S), Zack dan Azura kahwin lari ke London.


Sejurus selepas perkahwinan yang tidak mendapat restu itu, bapa Zack menghentikan segala bantuan kewangan terhadapnya, lalu dia pulang ke Malaysia dan belajar hidup berdikari di sisi Azura.

Nampaknya sama je lebih kurang macam versi tahun 1984..filem yang cukup-cukup meletup time tu, saya baru saja darjah 5 ketika itu...budak hingusan lagi..sekarang dah pun nak menghampiri 40 tahun.



Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Anugerah PPMH

Kredit Gambar untuk Budiey.com

Siti menerima Anugerah Ikon.









Gambar Datuk Siti Nurhaliza di AJL26

KREDIT GAMBAR UNTUK rentakartis.com

*** tak nampak macam ada tudung je...ke mata saya yang salah pandang?







Novel Airmata Rindu|Pitteriah Abdullah

Masih belum belek lagi novel ni.....sekadar memandang je atas meja kopi di ruang tamu...belum datang ghairah untuk membaca saat ini.


SINPOSIS:

Disebabkan tamakkan harta dan kekayaan yang dimiliki Datuk Dahlan, Datin Cantara sanggup merampas Datuk Dahlan daripada tangan Nora John Abdullah.

Danial Akmal anak kepada Datuk Dahlan dan Nora John Abdullah telah ditembak pada malam pernikahan Danial dan Eryna Izzati.

Eryna Izzati telah hilang ingatan, manakala Danial hilang semangat hidup selepas tragedi itu.

Untuk mengetahui cerita seterusnya, tunggu la saya baca sampai habis dulu ye!

Fazura di dalam Filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur


Nadhirah ni pantang ada cerita kelakar, mulalah dia berangan nak menonton, tapi kami suami isteri bukan jenis kaki wayang, ada tak ada kami hanya menonton di Astro First je ...kalau sabar menunggu boleh je, menonton di youtube.

Tegok kepada pelakon utama memang boleh tau filem ni adalah filem komedi, dengan kehadiran Fazura membantu melariskan filem ni, nampaknya Fazura sungguh hot sekarang sama hot dengan Neelofa.


Mengisahkan 3 rakan karib yang bersaing sesama sendiri untuk merebut cinta seorang gadis.

Sekarang sedang ditayangkan dipanggung wayang, boleh la beli tiket dan menonton untuk mengetahui keseluruhan cerita.


Novel Seandainya | Rys Areesa


Novel ni dibeli kalau tak silap Feb atau Mac tahun lepas kot...dulu dah belek-belek...ntah kenapa macam tak menarik hati pulak untuk teruskan bacaan.

Semalam tiba-tiba pulak tergerak hati nak baca novel ni sepenuhnya.

Tak sangka best pulak .....menangis jugak la sikit masa Wan Zaharris meninggal selepas je mengucapkan kata cinta yang sekian lama tak terluah pada Areena...menangis juga kala menghayati perasaan Areena selepas berkahwin dengan Shamsul Azhar sedangkan dia bergelut dengan rasa cinta yang sangat kuat pada Wan Zaharris.

Saya selalu tak suka baca novel yang ada 2 hero tapi dalam realiti mana ada kisah hidup yang boleh ikut sesuka hati kita je kan?

Saya sukakan watak Zaharris cuma sakit jiwa sikit punya la lama ambik masa untuk luahkan perasaan, asyik main tarik tali bertahun-tahun lamanya.

Pada saya, cerita ni pun ada kelainannya berbanding cerita biasa, lebih kepada dunia kehidupan sebenar....suka bila part Wan Zaharris bercakap dalam loghat Kelantan dengan mak dia...biasalah kalau dah orang Pantai Timur...

Mula-mula tu saya baca dari belakang, biasalah kalau dah tak sabar nak tau endingnya macam mana...rupanya Areena hidup bahagia dengan orang lain, bukan Wan Zaharris..

Lepas tu baru la baca betul-betul...memang senang nak faham kalau betul-betul baca dari A-Z;

Baru la tau, rupanya Shamsul Azhar tu dah lama muncul dalam cerita ni...

Cinta tak semestinya memiliki, tak semestinya bersatu...hu hu sedih.....tapi itulah realitiya.



Majalah IMPIANA FEBRUARY 2012|Jom Deko

Sebelum ni gila membeli Majalah Anjung Seri je,tiba-tiba melarat kepada Majalah Impiana pulak....beberapa hari tak ada internet, kerja saya adalah memunggah majalah Anjung Seri lama, dan belek gambar-gambar hiasan rumah.

Sekarang ni betul-betul nak cantikkan rumah...cuma halangan adalah modal je...kena kumpul duit sikit-sikit, ada duit baru beli....banyak yang saya ingin beli untuk rumah tapi diamkan jelah dulu sebab kalau bagitau pun, bukan jatuh duit ke riba ni...

Jadi untuk sementara waktu ni, belek je lah majalah Anjung Seri dan Impiana yang ada dalam simpanan.



Novel Aku Bukan Mistress



Baru dapat novel ni...tak tau best tak ceritanya...tapi kata kawan "bolehlah dibaca"

Sinopsis:
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

**** apa komen sahabat yang telah membaca novel ni?


Papa I Love You di Astro First

Hari tu dapat 4 tiket free Nuffnang sempena birthday, simpan punya simpan tiket ni hinggala tamat tempohnya...memang sedih kerana susah payah saya berpeluh-peluh ke pejabat Nuffnang untuk mengambil tiket ni.

Plan asal nak menonton filem Aku Bukan Tomboy, tak jadi sebab time tu jugak la Nadhirah kena tinggal dengan mak mertua saya di Tampin.

Lepas tu, bila dah buka sekolah, kami bercadang nak menonton filem Papa I Love You, tak menjadi jugak kerana ada perkara lain yang perlu diselesaikan ketika itu..sedar tak sedar, tiket tu tak boleh guna lagi dah.

Sekarang ni, filem Papa I love You dah pun ada di Astro First...Nadhirah ni memang peka dengan filem-filem yang ditayangkan di Astro First...

Jadi apa lagi, kalau dah ada di Astro First, ambik je handphone terus buat order dan layaannnn menonton.

Filem ni berkisarkan kekeluargaan, bagus untuk tontonan keluarga, ada sedih....ada kelakar....

Memberi pengajaran dan peringatan kepada kita sebagai anak-anak...kita sebagai ibu bapa.

Belum boleh komen panjang-panjang kerana baru je melihat secoet.

Nanti kita komen lagi kalau ada yang menarik untuk dikongsi.

*** apa pendapat anda tentang filem ini bagi yang telah menonton di panggung sebelum ni ?

Unifi breakdown!

5 hari tanpa internet! lansung tak tau apa-apa perkembangan terkini...TV hanya ada Astro Ceria walaupun ada saluran lain lagi yang boleh ditonton, hanya Astro Ceria yang diluluskan oleh 2 budak kecil kat rumah ni.


Kalau tak kerja, lagi la tak tau apa-apa perkembangan terkini....dah le memerap je kat rumah beberapa hari ni..


Patutnya dalam masa 24 jam, technician TM akan betulkan kerosakan yang berlaku tetapi ada sedikit salah faham terjadi menyebabkan masa tanpa internet menjadi panjang.


Salah faham kecil itu adalah pihak technician datang pada hari kerja tanpa memaklumkan kepada kami terlebih dahulu, tiba-tiba je ada sekeping notis memberitahu kedatangan mereka pada jam 11 pagi dan meminta kami membuat temujanji baru. ( kami belum membuat sebarang temujanji pun sebenarnya sebelum tu)


Malamnya suami menghubungi TM Customer Service, mengikut rekod masalah itu telah pun ditandakan sebagan  " Case Closed" kerana kami semua pulang ke kampung hingga 25 /1/2012. Laa macam mana pulak ada dalam sistem kami pulang ke kampung ni ? Kami lepak je kat rumah ni haaa..


Suami buat temujanji dan sekitar jam 12 tengah hari tadi pihak technician datang betulkan...ada sedikit masalah pada kotak sambungan...sekejap je mereka fixkan semula.


Jadi, sekarang dapatlah online seperti biasa....


Sahabat semua balik kampung ke sempena cuti Tahun Baru Cina ni? Nampaknya saya sekeluarga tak kemana-mana, memang ada sedikit cemburu bila melihat makcik dan adik serta adik ipar balik Terengganu, apa nak buat, kita bukan solo lagi...


*** Duduk rumah pun enjoy jugak, kan?

Ujian Mamogram | Kongsi pendapat

Semenjak dua menjak ni, hati berbalah bergaduh fikirkan tentang ujian mamogram.


Takut untuk mendengar keputusan ujian melebihi takut nak lakukan pemeriksaan.


Hari tu dah daftar nama untuk ujian percuma tetapi sampai masa , saya tidak hadir.


Sekarang perasaan untuk melakukan ujian mamogram hadir dan menghantui saya.


Cuba cerita sikit, sesiapa yang pernah melakukan ujian ni, sakit tak? 


Tolong bagi saya sokongan sikit untuk melangkah ke tempat pemeriksaan.


*** Terkenangkan arwah sahabat yang telah pun 2 tahun meninggal kerana barah payudara menambah lagi rasa takut di hati.

Novel Kan Ku Kejar Cinta Kamu|Novel Terbaru Fauziah Ashaari

Dah beli belum novel terbaru Fauziah Ashaari, yang meletup dengan novel Ombak Rindu tu? Beli jangan tak beli, dah ada pun di pasaran.



Tengok ada sinopsis memang best, mungkin dapat atasi novel Ombak Rindu kot.



Alma binti Datuk Seri Hakim - Penggoda, nakal, selamba, romantis, anak manja papa. 
Mukramin Raiyan bin Muzzammil - Lemah iman, cucu kesayangan, harapan abah, hilang identiti, keliru.


Daya tarikan Alma - Berani tanpa peduli orang. Lucu tanpa sedar (selamba) dan cantik di mata Raiyan.
Daya tarikan Raiyan - Tampan di mata Alma. Anak musuh papanya. Pelik, kenapa perlu berhati-hati dengan keturunan Datuk Raqib sedangkan Raiyan ‘okey’ aje...


Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.


Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan). Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.” Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!


Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!

Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm...buat muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia. Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi boson kot. Argh! tak boleh jadi ni! - Alma

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.

“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler... 


*** jangan lupa beli di kedai berhampiran!

























Letih fizikal letih mental

Hari ni hari gaji....kad atm pulak hilang...buku akaun pulak tak ada tandatangan masa mula-mula buka akaun dulu...haru betul rasanya....nak tak nak kena la buat kad atm yang baru...penting woooo kat atm tu pada hari gaji seperti hari ni...banyak yang nak kena lunaskan.

Dek kerana masalah kad yang hilang, terpaksalah apply 1/2 day leave hari ni , pukul 1.30 apply cuti dan terus ke RHB area Pasar Borong Kuala Lumpur,tak jauh daripada Selayang la jugak.

Eh kat situ macam duduk kat tempat asing sebab kat situ nak cari rupa orang kita sangat la susah.....semua wajah-wajah asing, macam negara mereka pulak dah....saya pulak rasa takut-takut..kat situ semua bank utama ada cuma tempatnya agak sibuk dan jalan sempit.

Agak lama jugak la menunggu untuk dapatkan kad atm yang baru...apa pun segalanya selesai kala jam menghampiri 4 petang.

Kerja kat ofis pulak, jangan cerita la ..memang tak menang tangan.musim menyiapkan laporan akhir tahun , akan berakhir 31/1/2012...kebetulan pulak minggu depan cuti raya cina, semua kerja kena siapkan Jumaat ni.

Macam ni la saya, time tak ada kerja mengeluh kebosanan, bila ada kerja pun mengeluh jugak...apa la nak jadi dengan saya ni.

Apa pun, masalah hari ni dah selesai....boleh la tidur awal malam ni ..

Selamat Berehat !

Neelofa makin meletup

cantiknya bentuk badan dia...

Sinopsis Drama Pelangi Kasih Slot Samarinda TV3


*** macam banyak pula cerita drama yang best-best sekarang pilihan rancangan TV dan kalau dah lepas pukul 9 , kami anak beranak dah pun lena.
Ada nampak gazet di TV3, drama terbaru di slot Samarinda yang bertajuk Pelangi Kasih.
Mengisahkan hubungan tiga sahabat sejak kecil lakonan Nabila, Beto dan Puteri Sarah. Pelbagai konflik dan permasalahan berkaitan persahabatan dan kasih sayang bakal dilalui watak itu dalam drama arahan Feroz Khan terbitan Global Station Sdn Bhd.

Apa yang uniknya dalam drama kali ini, Nabila membawakan watak Sofia dan akan disolek menjadi perempuan berusia separuh abad. Ia bagi disesuaikan dengan wataknya yang mempunyai anak dan cucu dalam kisah itu.


Bercakap mengenai gandingannya dalam drama itu, Nabila berkata, dia tiada masalah sepanjang menjalani penggambaran drama itu dan dapat mencipta keserasian dengan Johan Asari yang memegang peranan sebagai suaminya.
Pelakon Drama Pelangi Kasih Slot Samarinda TV3
Nabila Huda Suhaimi, Johan As’aari, Puteri Sarah Liyana dan Beto Kusyairy.

Caban Kurus 2012| Kembali Beraerobic

Hari ni hari pertama memulakan sesi aerobic di Perkarangan Stadium MPS.


Ok, nak keluar aerobic dulu nanti cerita lagi.


Lupakan kisah airmata kecewa sampai keluar air mata darah tu..


Teruskan berjuang sehingga ke nafas terakhir.


Pasti ada jaya !

Saya kecewa


Belum la sampai menangis keluar air mata darah!


Berat makin meningkat, selera makan meningkat, kemalasan meningkat, keyakinan kian menurun dan merudum!




CARA MEMOHON SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA (SARA 1MALAYSIA)


Berita gembira buat rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah bawah RM3000 sebulan. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau lebih dikenali sebagai SARA 1MALAYSIA bagi membantu rakyat yang berpendapatan rendah.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1 MALAYSIA) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn. Bhd iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan. Skim ini dapat menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah untuk menabung dan melabur.

Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia akan dibuka pada 30 Januari 2012 dan mereka yang berpendapatan kasar RM500 hingga RM3000 sebulan layak memohon.

Kelayakan Memohon:
  • Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 58 tahun.
  • Mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM500-RM300 sebulan.
  • Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman.
  • Syarat-syarat lain ditetapkan oleh bank.

Institusi Kewangan Yang Mengambil Bahagian:
  • MAYBANK
  • CIMB BANK
  • RHB BANK
  • BANK SIMPANAN NASIAONAL (BSN)

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Permohonan:
Pemohon diminta menyediakan salinan dan dokumen asal yang disahkan seperti berikut:
  • Kad Pengenalan pemohon (2 salinan)
  • Kad Pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan)
  • Bukti pendapatan, 1 salinan penyata gaji 3 bulan terkini, salinan penyata bank 3 bulan terkini

Segala maklumat lanjut boleh layari laman web SARA 1MALAYSIA



Rozita Che Wan elak bermadu



KECANTIKAN wajahnya sentiasa menjadi dambaan lelaki tak kira tua mahupun muda. Namun tidak dinafikan wujud perasaan cemburu pada sesetengah peminat wanita.


Masakan tidak pada usia 38 tahun, pelakon yang mendapat jolokan 'artis bergetah', Rozita Che Wan terus anggun dan mudah mencairkan hati lelaki.

Biarpun begitu, Rozita memberitahu, dia tidak mahu terburu-buru dalam memilih pasangan hidup walaupun telah sembilan tahun memegang status ibu tunggal.

Malah tegas aktres cantik itu, dia tidak akan sesekali merampas hak orang lain demi kebahagiaan dirinya.

"Pilih suami bukan perkara mudah untuk saya dan saya memang sangat berhati-hati dalam memilih perkara yang satu ini.

"Jadi saya rasa wanita di luar sana tidak perlu untuk mencemburui saya kerana saya tidak akan sesekali merampas hak milik orang lain," katanya 



Sering dikaitkan bercinta dengan jejaka yang jauh lebih muda dari usianya, menurut Rozita, bukan niatnya memilih lelaki muda sebagai buah hati.

Bagi Rozita sendiri, dia senang memilih untuk berkawan dengan lelaki bujang kerana tidak mahu dituduh sebagai perampas.

"Pilihan saya bukan semestinya lelaki muda. Mungkin ini adalah secara kebetulan sahaja.

"Bagaimanapun saya akui saya agak cerewet di dalam memilih teman hidup," katanya yang sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan juara Akademi Fantasia 8, Shahir dan terbaru, aktor muda, Zain Saidin.



Rita Rudaini dan Aidil Zafuan kembali tegang


Keadaan rumah tangga pelakon Rita Rudaini Mokhtar,36, dengan suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak,25, kembali menjadi tegang apabila bintang bola sepak itu telah meninggalkan rumah mereka di Damansara di sini sejak seminggu lalu.
Menurut Rita, kejadian itu berlaku sewaktu dia bersama dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang berusia sembilan bulan pulang ke kampung di Kangar, Perlis.
“Semasa di kampung, saya menerima mesej daripada Aidil yang menyatakan dia mahu keluar rumah. Sebagai isteri, saya tidak boleh berbuat apa-apa jika itu kehendaknya,” kata Rita sewaktu ditemui mStar Online di rumahnya di Sunway Damansara di sini.
Menurutnya, sewaktu tiba di Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu, dia mendapati pakaian, kereta dan motosikal Aidil sudah tiada.
Ditanya adakah apa-apa perbalahan sebelum peristiwa itu, Rita memberitahu dia ada menegur sikap Aidil yang tidak bercakap benar mengenai satu majlis ulang tahun kelahiran ibunya, Azizah Arshad,59, yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan.
Kata Rita, dia agak berkecil hati kerana Aidil menyembunyikan majlis itu dan tidak mengajaknya untuk turut serta tetapi masalah tersebut dapat di selesaikan apabila dia membuat keputusan untuk tidak memanjangkan hal berkenaan.
Jelas Rita, dia menjadi bertambah terkejut apabila diberitahu oleh pembantu rumah mereka yang melihat Aidil bersama pasangan suami isteri iaitu Zaquan Adha yang juga kembarnya dan pelakon Ayu Raudhah terlibat membantu Aidil membawa dia keluar daripada kediaman tersebut.
“Saya terkejut kenapa ada orang lain sanggup mencampuri urusan rumah tangga saya dengan membantu “membawa lari” Aidil daripada rumahnya sendiri? Mereka sepatutnya memberi nasihat yang baik kepada Aidil dan bukan menghasut dia meninggalkan rumah yang menempatkan isteri dan anak-anaknya,” jelas Rita yang begitu sedih dengan kejadian tersebut.
Sehingga berita ini disiarkan Ahad, Rita sendiri tidak mengetahui di manakah Aidil tinggal tetapi ada menerima pesanan daripadanya yang bertanyakan tentang anak.
Kata Rita, dia buntu dengan masalah yang berlaku dan menyerahkan kepada Allah untuk memberi petunjuk selepas mengadu hal berkenaan kepada ibu dan bapa Aidil.
“Hubungan saya dengan ibu dan bapa mertua saya tiada masalah. Saya ada menghubungi mereka untuk menceritakan hal ini,” katanya.
Sebelum ini Rita dan birasnya, Zaquan telah “berperang” menerusi laman Twitter masing-masing apabila kedua-duanya berbalas kenyataan yang mempertikaikan sikap di antara satu sama lain.
Zaquan menyindir Rita yang tidak pernah berusaha untuk pulang ke Seremban bagi menjenguk mertuanya sendiri.
Manakala Rita pula mengatakan Zaquan bersikap keterlaluan yang bertujuan untuk memalukannya.
Rita memberitahu, perbalahan menerusi Twitter berkeenaan berpunca apabila Zaquan memberi komen yang menyakiti hatinya ketika dia berbalas pesanan dengan peminat berhubung kehidupan berumah tangga dan juga hubungan dengan mertua.
“Saya memberi nasihat secara umum mengenai mertua kepada peminat saya tetapi secara tiba-tiba Zaquan menyampuk menerusi laman Twitternya dengan menyindir saya. Pada hal, ia tiada kena mengena langsung dengannya,” kata Rita.
Jelasnya lagi, jika Zaquan tidak berpuas hati degannya, dia tidak perlu menyindir menerusi Twitter berkenaan sebaliknya boleh berhubung terus dengannya menerusi telefon.
“Kerana geram dengan sikapnya, saya terpaksa mengambil keputusan menulis beberapa perkara yang bertujuan untuk melindungi diri saya dalam Twitter miliki saya itu,” ujar Rita.

Gambar Siti Nurhaliza bersama Datuk K di Dubai

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran pada 11/1/2012 yang lalu...rupanya Siti dan suami berada di Dubai ketika itu...best kan jadi orang berduit,mana-mana pun boleh pergi...






Selamat Pengantin Baru Ally Iskandar | Cantik kad kahwin Ally



Semoga Berkekalan hingga ke Akhir Hayat.

Kenduri nanti di Gong Badak ke? Tak jauh tu dari Batu Rakit..he he macam la orang jemput kita.

Tak apalah, hanya doa dari jauh je la.



Novel Cinta Tak Terucap

Baru terima daripada sahabat di pejabat tadi. Best, katanya.



Sinopsis:

Ammar Mirza tidak pernah memberitahu Suri Imani akan perasaannya. Sekali sahaja Ammar Mirza meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia menyayangi Suri Imani. Manalah Suri Imani tahu apa yang terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan ahli nujum untuk mengagak apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala tingkah laku Ammar Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya… dia jadi buntu.

SURI IMANI SHAMSUL AZHARI. Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca, tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan?

AMMAR MIRZA MAHATHIR. Pelik. Dia tidak mempercayai cinta. Cinta sudah lama terkubur dalam dirinya. Sebagai anak lelaki tunggal, dia hanya mengikut kata- kata ibu bapanya. Sama seperti yang dilakukan oleh arwah abangnya dulu. Jodoh mereka ditentukan oleh keluarga. Dia menyangka hatinya sudah tertutup. Tapi pertama kali bersua dengan gadis kacukan itu, hatinya bergetar. Pelik bukan?

Barisan nama seperti Amir, Erna, Wati, Zahin, Ben dan ramai lagi menjadi watak penting dalam menghidupkan suasana ceria, gembira, sedih dan duka dalam hidup Suri Imani dan Ammar Mirza. Pelbagai onak duri, bahagia dan gembira sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hidup bersama namun kata cinta masih samar untuk didengari.

Adakah bahagia mampu dimiliki di akhir cerita? “Perlukah cinta itu diungkap atau cukup sekadar perbuatan semata? Dapatkah cinta itu dipertahankan... tanpa ungkapan kata cinta?


Novel Bukan Hanya Sesaat

Sedang baca...nampaknya ada kelainan novel ni...tak rugi baca.





Sinopsis: PERKAHWINAN Maryam dan Arief bukanlah atas dasar suka sama suka, tetapi atas pilihan ibu bapa masing-masing.Sangka mereka, kedua-dua pasangan ini boleh serasi dan sehidup semati, namun lain pula ceritanya. Hendak menyesal tiada gunanya. Bergaduh-gaduh dan kemudian berbaik semula. Itulah rutin harian Maryam dan Arief. Apa sahaja yang tidak kena pada Maryam, akan diperlekehkan oleh Arief. Maryam bukan seperti yang disangkakan oleh Arief. Maryam seorang wa ni ta yang penyabar dan sentiasa menjaga tatatertib sebagai Muslimah.

Arief pula kuat cemburu... cemburu buta yang tidak bertempat! Namun, maruah Maryam benar-benar diinjak apabila Arief sewenang-wenangnya melafaz kan cerai setelah terperangkap dalam muslihat sepupunya sendiri, Melissa. Sudah terhantuk, baru terngadah. Arief menyesal dan hilang arah. Rupa-rupanya bukan hanya se saat dia mencintai dan merindui Maryam! Mahu merujuk kembali, Maryam pula sudah serik. Malah, lamaran Ustaz Zaid mengganggu fikirannya. Perlukah dia menerima sedangkan Arief tidak henti-henti memujuk? Namun, dalam saat begini, cinta dan kasih sayang nya terhadap Arief masih menebal di sanubari.



Alahai Rozita Che Wan...seksanya...


***Saya dan dia sebaya je tapiiii...dia macam anak dara le..saya macam mak dara.

Fasha Sandha Nafi Nikah di Thailand


KISAH percintaan yang terjalin antara pelakon Fasha Sandha, 28, dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 35, sememangnya sudah pun diketahui peminat. Biarpun hubungan mereka ada pasang surutnya dan pernah putus sebelum ini, tetapi Fasha kini dikatakan sedang bahagia bersama kekasihnya.
Memandangkan usia percintaan mereka yang sudah mencecah dua tahun, kini khabar angin bertiup kencang mengatakan pasangan tersebut bakal berkahwin dalam tempoh terdekat ini sehingga pelbagai spekulasi dibuat oleh segelintir pihak.
Fasha dan Jejai dikatakan akan mendirikan rumah tangga pada bulan Mac sempena sambutan ulang tahun kelahiran pelakon berkenaan pada 28 Mac ini setelah gambarnya memakai gaun pengantin di sebuah butik tersebar di Internet.
Bagaimanapun, beberapa hari lalu tersebar pula gosip di beberapa laman blog hiburan tempatan mendakwa kononnya kedua-duanya sudah menjadi pasangan suami isteri setelah bernikah di selatan Thailand!
Berkesempatan bertemu pelakon yang popular menerusi drama bersiri Cinta Elysa itu pada majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP 2011) baru-baru ini, Fasha menitipkan jawapan tentang semua kisah hangat yang membabitkan dirinya itu.
Kosmo!: Apa perkembangan terbaharu Fasha sekarang ini?
FASHA: Boleh dikatakan jadual kerjaya saya agak sibuk sehingga bulan Mei ini. Yang terbaharu, saya sedang menjalani penggambaran filem Penanggal yang diarahkan oleh Ellie Suriati Omar.
Kemudian saya akan terbabit pula dengan drama yang berjudul Seindah Sakura slot Akasia di TV3 sebanyak 24 episod dan sepanjang bulan Mac nanti saya akan menjalani penggambaran di Paris, Perancis.
Betul ke desas-desus Fasha dan Jejai akan mendirikan rumah tangga pada bulan Mac ini?
Sebenarnya perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana pada masa itu saya memang akan sibuk dengan penggambaran. Jadi, saya menafikan bahawa kami berdua akan berkahwin sempena hari jadi saya nanti.
Bagaimana pula dengan dakwaan Fasha dan Jejai sudah berkahwin di selatan Thailand ?
Itu pun tidak benar kerana kami berdua memang belum mendirikan rumah tangga lagi dan buat apa kami hendak bernikah di sana. Saya menganggap semua cerita yang timbul itu adalah sekadar spekulasi semata-mata.
Saya sedar dalam usia yang sudah mencecah 28 tahun ini, memang ramai peminat yang mahukan saya segera berkahwin. Mungkin itu adalah salah satu punca yang menyebabkan cerita saya akan menamatkan zaman bujang selalu tersebar.
Adakah Fasha dan Jejai sememangnya sudah merancang untuk berkahwin pada tahun ini?
Buat masa ini saya tidak mahu lagi mengeluarkan sebarang kenyataan, tetapi saya akui sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri. Bila sudah tiba masanya untuk berkahwin, saya akan umumkan kepada semua orang.
Adakah Fasha akan membuat satu sidang akhbar khas untuk umumkan tarikh perkahwinan nanti?
Saya tidak bercadang untuk berbuat demikian kerana merasakan ia tidak perlu. Apabila saya umumkan tarikh perkahwinan kami berdua, saya akan menghubungi semua rakan-rakan media yang rapat dengan saya sama ada melalui telefon atau khidmat pesanan ringkas.
Bagaimana pula dengan perkembangan bisnes Fasha sekarang ini?
Sudah tentu saya sangat bersyukur kerana perniagaan salun Chinta saya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Biasanya kalau tidak sibuk dengan jadual penggambaran, saya akan ke salun empat kali seminggu untuk memantaunya.
Ada perancangan untuk membuka cawangan pada masa akan datang?
Sebenarnya saya pernah berangan-angan untuk membuka cawangan di Johor Bahru. Ia adalah lokasi yang cukup istimewa kerana saya dilahirkan di situ dan mendapati peminat saya yang paling ramai adalah dari Johor Bahru.
Boleh komen sedikit tentang pencalonan anda untuk Anugerah Bintang Popular 2011 ini?
Saya berterima kasih kepada semua peminat yang tidak putus-putus menyokong saya selama ini. Pastinya saya tidak sangka akan tercalon buat kali ketujuh untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular memandangkan semakin ramai artis baharu yang muncul sekarang ini.
Walaupun sering dikaitkan dengan pelbagai cerita kontroversi, tetapi peminat sekarang sudah pandai untuk menilai dan mereka tetap memberikan sokongan untuk saya terus berjaya dalam bidang saya ceburi sekarang ini.
* Sumber Kosmo! Online

Hattan Sah Bercerai Dengan Farah Asyikin

Sebelum ni timbul gosip dan desas desus penyanyi Hattan bercerai dengan isteri barunya Farah Asyikin yang dikahwini pada 11.11.2011. Hattan sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya gossip tentang perceraian mereka.. Hari ini keluar berita mengesahkan perceraian Hattan dengan Farah Asyikin dengan talak 1. Pasangan itu bercerai cara baik di Mahkamah Syariah Kuala Pilah pada sekitar jam 11 pagi tadi.


Hattan menfailkan permohonan cerai dan memohon dibicarakan pada hari yang sama. Hattan dan Farah berkahwin hampir 2 bulan, mereka disatukan di Seri Menanti di kampung Hattan. Majlis perkahwinan itu diadakan secara tertutup dengan hanya kehadiran 100 tetamu.

Dulu ada keluar gosip di Melodi dan media hiburan yang mengatakan Hattan bercerai setelah seminggu bernikah, Hattan ada membuat kenyataan di Melodi yang dia mahu wartwan yang menyebarkan gosip itu bertemu dan bersemuka dengannya untuk mendapat penjelasam. Bercerai dalam seminggu adalah perkara yang dianggap tak masuk akal oleh Hattan, dan dia tak mungkin melakukan perkara yang baik itu.

Hattan mempunyai seorang anak lelaki berusia 13 tahun dari perkahwinan pertamanya. Setelah menduda 6 tahun dia bernikah dengan Farah Asyikin, 34 tahun.

Siti Nurhaliza Biography-On History Channel Astro FULL version

Saya tak langgan pakej History Channel , jadi tak ada can nak tengok malam tadi Bografi tentang Siti Nurhaliza, bukan calang-calang orang yang terpilih untuk rancangan ini. Tahniah untuk Siti!

Malam ni baru dapat tengok...




Biodata Dr Ezani|Masterchef Malaysia Pertama


Seronok tengok Dr Ezani ni...sentiasa senyum dan cool je...baru terfikir sebenarnya nak buat entry tentang Dr Ezani..malam ni baru betul-betul free.

Nadhirah minat sangat nak tau pasal Dr Ezani ni...jadi saya pun cari la biodata dia, masukkan la kat blog, nanti dia baca la entry ni...


Ezani Farhana Binti MD Monoto
Umur: 26
Tarikh Lahir : 11 May 1985
Asal: Kajang
Pekerjaan: Doktor Pergigian
Hidangan Kegemaran: Bermacam-macam
Lokasi Percutian Kegemaran: Pulau dan Pantai
Masakan Kegemaran Untuk Dimasak: Bermacam-macam
Pencuci Mulut Kegemaran: Bermacam-macam
Sweet or Savoury: Both
Chilli or Garlic: Both


TAHNIAH UNTUK DR EZANI!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...