Pendapat saya tentang Nabil Bakal Deejay SuriaFM.

Patutlah pagi semalam dengar suara dia bersama dengan Shira dan Halim Othman...hmmm hingar bingar bunyinya....saya rasa macam bingit pun ye..mungkin hari pertama di konti...saya tak pasti semalam tu adalah hari percubaan untuk Nabil atau apa sebab pagi ni tak kedengaran pulak suara dia.

Minggu lepas suara Azza Elite kedengaran saban pagi....hmmm nampaknya stesen radio berlumba mengambil artis sebagai deejay mereka. ...ada yang sesuai, ada yang tak sesuai ( ini pandangan peribadi saya la)

Sebelum ni saya pendengar setia HotFm, bila Ucop join mereka jadi deejay , saya beralih arah ke SuriaFm..ini bukan bermakna saya tak meminati Ucop , minat sangat dia sebagai pelakon tapi sebagai deejay, saya kurang minat...lagi pun kalau dah 4 orang deejay pada satu, saya rasa itu terlalu ramai, memang la saya hanya mendengar kala memandu saja tetapi saya tak nafikan celoteh deejay membantu pemandu mengatasi masalah stress di jalan raya, tau jelah pepagi memang jalan di KL ni sentiasa sesak.

Dengan adanya banyak stesen radio masa kini, kita boleh pilih je mana yang sesuai dengan halwa telinga kita.

Apa pun, tahniah untuk Nabil kalau benar beliau bakal menjadi ahli keluarga SuriaFM...cuma harapan saya agar stail penyampaian deejay tu tidak sama seperti beliau melawak.