Berpisah lepas Subuh

Masih dalam mood sedih....sepupu anak beranak baru je bertolak pulang ke Terengganu seusai solat Subuh tadi.


Bila berjauhan dengan keluarga, memang hati cepat terasa sedih kala mereka sesekali datang ke sini.


Saat entry ni di taip, saya tersangat ingin terbang pulang ke Terengganu, ntah la sejak akhir-akhir ni ingatan pada negeri kelahiran sendiri itu amatlah kuat.


Semoga perjalanan sepupu anak beranak lancar dan dipermudahkanNya...sekitar jam 2 petang nanti sampai la tu..Insyaallah.


Ada peluang boleh jumpa lagi......yang pasti katanya, Pre Sale sebelum Aidilfitri tahun ni TIDAK akan dijengah oleh beliau kerana ketika itu sudah sibuk dengan baby, sebab tu dia pulun bershopping sampai rebah kali ni.


**** seronok kan sesekali berkumpul bersama keluarga.

Neelofa dan Fasha Sandha Bergaduh?


Kredit cerita dan gambar untukMetro Ahad.


“Maaf, saya tak pernah dengar cerita ini. Saya tak pernah baca blog, malah tidak ada sesiapa pun bercerita kepada saya. Selama ini saya tak pernah ambil peduli gosip dan cerita panas di Internet kerana bagi saya, itu semua tak perlu. Saya cuma melayari laman sosial Twitter (@FashaSandha1). Itulah medium yang menghubungkan saya dengan peminat.



“Bagi saya, Neelofa pelakon baru yang baik dan berpotensi pergi jauh. Apabila bertemu senior, dia tidak berat mulut untuk bertegur sapa. Bagi saya, sikap itu sangat bagus dan harus dikekalkan. Secara peribadi, saya selesa berbual dengannya biarpun hanya bertemu beberapa kali.

“Saya tidak boleh komen mengenai cerita murahan seperti ini kerana ia tidak berlaku. Tidak ada isu pun untuk diperbesar-besarkan,” katanya .

Reaksi berbeza daripada Neelofa yang sedia maklum, desas-desus kurang enak itu menjadi topik panas di Internet kebelakangan ini. Namun, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor tenang apabila persoalan hangat itu dibangkitkan.

Seakan-akan dapat membaca apa yang tersirat di fikiran penulis, sambil ketawa kecil si manis ini berkata, cerita itu sengaja diperbesar-besarkan, walhal antaranya dengan Fasha tidak ada apa-apa.

“Saya tidak pernah bergaduh dengan Fasha. Sebagai pendatang baru, saya menghormatinya. Ini gandingan kedua kami dalam sesi fotografi dan pernah bertemu dalam beberapa majlis.

“Biarpun ada nama besar dan disanjung ramai, Fasha melayan artis baru seperti saya dengan baik. Dia ramah dan mudah mesra, malah tidak lokek berkongsi ilmu. Setakat ini saya tidak ada masalah berbual dengannya.

“Hairan, antara kami tidak ada apa-apa, orang luar pula sibuk besar-besarkan cerita. Cara mereka bercerita ibarat artis bertarik rambut, padahal apa yang mereka perkatakan itu belum tentu sahih.

“Tolong jangan laga-lagakan saya dan Fasha. Saya masuk dalam industri kerana mahu kembangkan bakat, bukan mencipta nama dengan cerita kurang enak begini. Saya mengagumi bakat dan ketabahan Fasha. Dia anak seni yang berjaya,” katanya memohon pengertian supaya perkara ini bernoktah di sini.

Isu legging – Yuna minta maaf


I


MEJ dan penampilan penyanyi dan komposer wanita popular, Yuna kerap menjadi perhatian apabila muzik yang dihasilkannya mendapat sambutan baik oleh semua penggemar seni tanah air sejak tiga tahun lalu.



Kejayaan dan anugerah yang dirangkul sama ada di dalam atau luar negara membuatkannya dihormati kerana dia adalah contoh terbaik bagi pengkarya muzik tempatan tatkala ini.



Punya siri kerjaya yang membanggakan, latar belakang pendidikan bagus, idea memberangsangkan dalam karya dan paling penting ialah kesetiaan mengenakan hijab di kepala tidak kira ke mana jua.



Bagaimanapun, ada di kalangan peminatnya tidak berpuas hati dengan penampilan bertudung Yuna yang dipadankan dengan seluar legging berwarna kelabu dalam klip video Someone Out Of Town.



Salah sebuah dari tiga lagu EP dirakam di Amerika Syarikat (AS) tahun lalu selain Coffee dan Fears and Frustrations yang turut dimuat dalam album kedua Yuna berjudul Terukir Di Bintang.



Mengajukan persoalan tersebut kepada pemilik nama Yunalis Zaraai menyebabkan air mukanya sedikit berkerut sebelum disusuli dengan senyuman.



“Semakin lama dalam industri semakin saya tahu apa yang sensitif atau tidak kerja sebagai anak seni. Tapi saya bertanggungjawab 100 peratus terhadap pemakaian saya. Maknanya tak ada siapa yang suruh saya pakai itu atau ini.



“Dalam bab ini, saya faham perasaan orang bila nampak saya bertudung dan memakai jagging, bukan legging dalam klip video itu. Andai ada yang terasa, saya mohon maaf.



“Apa pun teguran daripada orang, saya terima dan mana yang tak betul, saya jadikan panduan,” jelas wanita berusia 25 tahun ini penuh berhemah.



Yuna juga mengaku bahawa dia selesa memakai seluar jenis skinny sejak mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

JULIANA EVANS BERPISAH DENGAN ZIZAN


Pelakon dan model iklan Juliana Evans, 23, dilaporkan amat sedih hingga menitiskan air mata kerana terpaksa meninggalkan tanah air selama dua tahun bagi menyambung pelajaran di University of Michingan, Amerika Syarikat. 


Namun benarkah sedihnya itu kerana meninggalkan Malaysia semata... atau kesedihannya itu disebabkan terpaksa berpisah dengan kekasih hati, Zizan Raja Lawak?

"Memang saya terlalu sedih sekarang ini kerana terpaksa melepaskan kerjaya lakonan buat seketika. Lebih memilukan apabila terpaksa meninggalkan keluarga dan kawan-kawan karib saya.



"Rasa berat hati sangat nak tinggalkan semua dan saya masih tak boleh menerima hakikat yang saya terpaksa berjauhan dengan orang yang saya sayangi," ujar Juliana dipetik sebagai berkata.



Bagaimanapun tambah Juliana, kerjaya lakonan tidak mungkin boleh kekal lama. Justeru itu dia perlu belajar mendalami ilmu seni dari segi pengurusan produksi pula.



"Saya ingin belajar cara pengurusan di belakang tabir. Insya-Allah, kelas saya akan bermula pada minggu depan.



"Malah saya percaya, suasana dan rakan baru akan banyak mempengaruhi saya untuk menjadi seorang yang lebih matang.



"Saya akan merindui dunia kehidupan artis dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua media yang telah menaikkan nama saya sehingga ke tahap dikenali ramai. Semoga kita dapat berjumpa kembali," tambahnya.



Terdahulu, Zizan dilaporkan turut hadir menemani Juliana sebelum beliau berangkat ke USA. Apa yang menarik, ada beberapa saksi yang mendakwa Zizan tidak dapat menahan sedih dan menangis apabila 'ditinggalkan' oleh 'buah hati' yang digosipkan 'bercinta' dengannya itu.



Gambar Nelofa bersarapan bersama Tun Dr Mahathir

KREDIT CERITA DAN GAMBAR UNTUK MYARTIS.com





Gambar Neelofa bersarapan bersama Tun Dr. Mahathir dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah di restoran ayahnya di Village Park, Damansara Utama, Petaling, Selangor. Sememangnya, Village Park terkenal dengan mee rebus, nasi lemak dan banyak lagi makanan menarik.


Untuk info, kehadiran Tun Dr. Mahathir dan isteri bukanlah kali pertama ke tempat tersebut. Malah Tun sebenarnya sudah acap kali menjamu selera di situ kerana beliau mungkin gemarkan makanannya yang lazat.

**** Neelofa ni kiranya anak orang ADO-ADO jugakla kan?


Lagu OST Bicara Hati Nyanyian Lena AF


Pinjamkan hati mu
agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua
KAsih ku hanya untuk mu
setiap rinduku nyata pada mu

Pinjamkan cintamu
Agar dapat aku selami hatimu
Moga aku tahu ikhlasnya kasihmu
hanya untukku

Percaya rindmu nyata padaku
Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya

Novel Bicara Hati VS Drama Bersiri Bicara Hati

Sekarang ni dah jadi satu trend pulak,adaptasi novel ke drama atau filem...pada saya, memang bagus kalau betul-betul ikut jalan cerita asal seperti novel tetapi kalau hanya sekadar 50-60% je ikut novel, pastinya gagal memenuhi jangkaan peminat novel.

Sekarang sedang bersiaran drama Gemersik Kalbu dan Bicara Hati...keduanya saya tidak menonton tetapi keduadua novel tersebut saya dah pernah baca lebih daripada sekali. Saya pernah siarkan sinopsis bagi drama Gemersik Kalbu...kali ni sinopsis untuk Bicara Hati pulak.


Sinopsis Bicara Hati :
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia bersetuju tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?

Senarai Pelakon Bicara Hati
Tengke Syahran – Sharnaaz Ahmad
Zahlia – Cristina Suzanne Stockstill (Kris Cempaka)
Razif -Josiah Hogan
Linda – Marsha Londoh
Fatimah – Abby Nazri
Adli – Lash Mokhtar
Tg Badariah – Azizah Mahzan
Bapak Tg Syah – Zaidi Omar
Raja Khalidah (mak Zahlia) – Zarina Zainuddin
Faizal – Dazrin
Tg Hakimie – Syahriman
Tg Murni (anak Kimie) – Aqish
Pn Azizah – Mislina


**** Novel Bicara Hati memang best, boleh mengalirkan air mata pembaca, adakah drama ini pun sehebat novel?