Majalah IMPIANA FEBRUARY 2012|Jom Deko

Sebelum ni gila membeli Majalah Anjung Seri je,tiba-tiba melarat kepada Majalah Impiana pulak....beberapa hari tak ada internet, kerja saya adalah memunggah majalah Anjung Seri lama, dan belek gambar-gambar hiasan rumah.

Sekarang ni betul-betul nak cantikkan rumah...cuma halangan adalah modal je...kena kumpul duit sikit-sikit, ada duit baru beli....banyak yang saya ingin beli untuk rumah tapi diamkan jelah dulu sebab kalau bagitau pun, bukan jatuh duit ke riba ni...

Jadi untuk sementara waktu ni, belek je lah majalah Anjung Seri dan Impiana yang ada dalam simpanan.



Novel Aku Bukan Mistress



Baru dapat novel ni...tak tau best tak ceritanya...tapi kata kawan "bolehlah dibaca"

Sinopsis:
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

**** apa komen sahabat yang telah membaca novel ni?