Anjung Seri Feb 2012 | Dah beli?

Pergi kedai sebab nak beli susu pekat manis...suami saya memang sungguh-sungguh ketagi teh sekarang ni....satu tin tak sampai 3 hari pun..

Ambil susu dan terpandangkan Majalah Anjung Seri Feb dah tergantung kat tempat suratkhabar dan majalah...apa lagi, sambar terus.

Saya rasa lepas ni kena jadi peminjam tetap dengan along dah kot he he sebab asyik membeli majalah je...

Balik rumah simpan dulu kejap kerana macam rasa bersalah pulak sebab majalah Glam Deko hari tu belum pun  dibelek lagi..

Ok ok lepas ni dah pastikan hanya majalah yang betul-betul saya perlukan je yang akan saya beli...( ada orang kisah ke dengan janji tu?) hi hi

Artis oh Artis! Adira Mohon Maaf Akui Kesilapan Peluk Anjing


Penyanyi Adira (AF8) mengakui kesilapannya kerana memeluk seekor anjing seperti mana tersebarnya sekeping gambar yang dipaparkan di beberapa laman blog hiburan.
Mengulas mengenai perkara itu, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata anjing yang dipeluk itu bukan miliknya tetapi kepunyaan ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah.
“Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya.
“Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam.
“Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,” katanya kepada mStar Online..
Ketika ditanya tidakkah dia peka dan sensitif bahawa tindakan dangkal itu boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat, Adira berkata sebagai selebriti beragama Islam yang mengetahui soal hukum-hakam, dia mengakui kesilapan tersebut.
“Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu.
“Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,” katanya.
Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Sakura ini menyambung, kesan penyebaran gambar itu mengajarnya agar lebih berhati-hati dan tidak menyimpan gambar yang boleh mencetuskan syak wasangka atau kontroversi pada masa hadapan.
“Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu.
“Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan.
“Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,” katanya dalam nada kesal.



Review Novel Mentari Cerah Lagi-----------Membosankan


Saya dah pun selesai baca novel ni ketika 2 hari bercuti di Tampin ....hmmm terlalu bosan kalau nak dibandingkan dengan novel Ombak Rindu dan lain-lain novel Fauziah Ashari.

Tak tau kenapa novel ni seolah-olah 'bukan' karya Fauziah...mungkin ada waktunya penulis menghadapi masalah kekeringan idea.

Tapi mungkin juga pada orang lain, novel ni seronok dibaca dan memuaskan hati.

Saya rasa seolah-olah sangat meleret-leret...akhirnya saya baca tidak sepenuh hati.

Sinopsis novel ni saya dah masukkan dalam entry terdahulu.

Novel ni bukanlah novel terbaru tetapi  mungkin sekarang diulang cetak ( saya tak begitu pasti) ...novel ni seolah-seolah terpinggir pulak..

Apa pun selamat maju jaya untuk Fauziah Ashari, semoga idea lebih best selepas ni!

Peyanyi Adira dan Anjing?



Hmmmm........


credit gambar untuk ROTIKAYA.COM