Majalah MIDI 1 Mac 2012


Seronok baca kisah 2 wanita yang begitu gigih mengusahakan tempat perlindungan bagi kanak-kanak HIV dan juga tempat perlindungan bagi remaja bermasalah.

Tak semua orang diberi kekuatan dan ketabahan seperti 2 wanita mulia ini.

p/s: ada kisah percutian MAMA ZHARFAN dalam majalah ni tau.




Majlis Resepsi Lisa Surihani dan Yusri




Selepas selamat dinikahkan pada 23 Februari lalu, aktres jelita Lisa Surihani dan Yusri KRU atau Yusri Abdul Halim mengadakan majlis persandingan mereka di dalam suasana yang cukup meriah di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), di sini, malam Ahad.
Majlis dihadiri kira-kira 2000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media.
Bertemakan konsep ala 'French Vintage', yang diinspirasikan daripada Marie Antoinette (Ratu Perancis) oleh KS Entourage, Lisa kelihatan anggun dengan busana putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry manakala Yusry pula segak dengan baju Melayu warna sedondon yang juga rekaan Putra.
Suasana dewan yang dihiasi dengan paduan bunga berwarna tampak sederhana tetapi cukup elegan.
Acara bermula pada pukul 9 malam dengan ketibaan pengantin perempuan, diiringi pula dengan pengantin lelaki.
Turut disertakan acara berbalas pantun sebelum pengantin lelaki duduk di atas pelamin.
Antara selebriti yang kelihatan pada majlis tersebut adalah, Jaclyn Victor, Marion Counter dan suami, Sein (Ruffedge) dan isteri, Dephne Iking, Aizat, Stephen Rahman, Atilia, Sazzy Falak dan suami, Rabbani dan ramai lagi.

Gambar Majlis Resepsi Yusri dan Lisa Surihani

Kredit sepenuhnya untuk Beatifulnara.com.

***Baju Lisa ala Gaun Kate Middleton hari tu kan?






Riadah cara Salih Yaacob





JIKA difikirkan, bukan mudah bagi lelaki ini untuk membahagikan masa bersama isteri-isterinya apatah lagi dengan anak-anak.

Tidak mahu menjadikan ‘tidak cukup masa’ sebagai alasan, Salih tetap memastikan mempunyai kelapangan untuk bersama-sama anak-anak mahupun empat isteri.

Menurut penghibur yang sudah menceburi bidang seni seawal tahun 80-an ini, meluangkan masa bersama keluarga adalah sesuatu yang sangat bermakna bagi dirinya.

“Tidak dinafikan, kadang-kadang saya memang sibuk tetapi kalau ada masa terluang, memang saya akan ajak anak-anak dan isteri untuk keluar bersama.

“Bukan apa, walau sesibuk mana pun kita bekerja, dalam masa yang sama juga kita harus memberi perhatian dan tumpuan kepada keluarga.

“Lebih-lebih lagi keluarga saya pun memang jenis yang suka keluar berjalan-jalan, jadi memang meriahlah kalau keluar ramai-ramai,” katanya lagi.

Selain itu, Salih juga mengakui aktiviti riadah bersama keluarga yang selalu dilakukannya itu dapat membantu untuk mengurangkan tekanan.

Meskipun sekadar berjalan-jalan untuk mengambil angin, ia dapat melegakan perasaan, terutamanya selepas aktiviti seni yang padat.

“Apabila bersama keluarga, hilang jugalah segala masalah yang ada di kepala.

“Malah dalam masa yang sama, ia sebenarnya turut memberi peluang kepada anak-anak saya untuk lebih mengenali antara satu sama lain kerana mereka berlainan ibu.

“Aktiviti riadah sebegini turut dapat merapatkan hubungan mereka adik beradik.

“Contohnya hari ini, saya bawa empat orang anak saya dengan isteri kedua iaitu Effa Madiha, 19, Effa Nageeha, 15, Effa Fateha, 9 tahun dan Mohd Ehsan, 11 tahun.

“Sementara Farah Aqeesya, 3 tahun adalah anak bersama isteri saya yang ketiga. Jadi memang perkara sebegini dapat membuatkan mereka lebih bersatu,” ujar bapa kepada 11 orang anak ini lagi.

Selain bersiar-siar di lokasi berdekatan kediaman, Salih juga meletakkan hasrat untuk membawa keluarga besarnya melancong ke luar negara apabila berkesempatan.

Jika tahun lalu, dia telah membawa seluruh isi keluarganya melancong ke China, tahun ini dia merancang untuk mengadakan rombongan ke Singapura pula.

“Percutian di luar negara juga adalah salah satu cara saya meraikan ahli keluarga yang sangat memahami kesibukan saya selama ini.

“Walaupun hanya sesekali apabila ada peluang, kesempatan itu menjadi sangat bermakna kerana seluruh keluarga akan turut serta dan di sinilah peluang untuk lebih mesra dan berkasih sayang antara isteri-isteri dan anak-anak yang lain,” katanya sambil tersenyum lebar.


Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Unit Mewah The Istana Bernilai Lebih RM1 Juta Di Australia

Wahhh dasatnya bila ada banyak duit...kita boleh beli apa saja yang kita inginkan...boleh tolong orang sana sini...boleh simpan..boleh berbelanja....he he tengok macam Siti ni ....dah banyak rumah kat M'sia, dia melabur beli di luar M'sia pulak....macam saya ni...nak bikin satu kabinet pun huru hara perasaan sebab terlalu fikir tentang bajet hu hu



Semalam berlangsung’nya majlis pelancaran projek kediaman The Istana yang juga menyaksikan Dato’ Siti Nurhaliza menandatangani perjanjian jual beli untuk menjadi pembeli pertama.
The Istana merupakan projek perumahan mewah pertama diluar negara untuk Magna Prima Bhd dan 62% kediaman telah pun dijual kepada pembeli Australia dan antarabangsa — selebihnya untuk pembeli Malaysia.
Dato’ Siti Nurhaliza membeli sebuah unit pangsapuri satu bilik di The Istana yang memerlukan pelaburan RM1.1 juta dan ke’atas. – Utusan Malaysia

Jom bongkar rahsia cinta Yusri & Lisa Surihani



Bersempena dengan majlis Yusry Abdul Halim (Yusry KRU) dan Lisa Surihani pada Khamis lalu, Astro akan memaparkan sebuah dokumentari eksklusif sebanyak dua episod bagi menjejaki kisah cinta pasangan itu sejak awal perkenalan sehingga berakhir ke jenjang pelamin.
Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, istimewanya dokumentari ini bakal merungkai rahsia sepanjang percintaan Yusry dan Lisa yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak.
“Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga akan memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan.
"Episod satu yang akan disiarkan pada Sabtu (hari ini) pukul 10 malam akan meneliti profil pengantin lelaki dan perempuan, kisah cinta daripada kaca mata mereka sendiri serta kenalan dan ahli keluarga, serta persiapan perkahwinan," katanya.
Antara kenalan Yusry dan Lisa yang akan ditemubual dalam dokumentari ini ialah adik-beradik Yusry iaitu Norman dan Edry, teman-teman rapat, ibu bapa termasuk temu bual dari penerbit filem David Teo yang telah menggilap bakat Lisa hingga menjadi seorang bintang. Selain itu temu ramah bersama wartawan hiburan dan juga rakan artis seperti Liyana Jasmay dan Erra Fazira.
Bagi episod dua pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam, ia mengenai upacara akad nikah, persiapan terakhir majlis persandingan, liputan majlis persandingan dan pengakhiran sesi temu bual bersama pengantin lelaki dan perempuan tentang perancangan dan harapan masa depan mereka.
Antara paparan menarik yang akan dikongsi bersama penonton ialah tentang konsep perkahwinan Yusry dan Lisa khususnya tema, makna di sebalik warna serta pakaian yang dipilih mereka.
Pada satu babak juga, Ibu Lisa akan bercerita tentang kerisauannya kerana Lisa dan Yusry sentiasa sibuk dan banyak perkara yang belum siap.
Untuk terus berkongsi kebahagiaan tentang kisah cinta Yusry dan Lisa, jangan ketinggalan untuk menonton kedua-dua episod dokumentari eksklusif ini hanya di Astro Ria saluran 104.
Pasangan tersebut sah menjadi suami isteri selepas diijabkabulkan oleh abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed pada malam Khamis lalu dan Lisa menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.


Umar Faris bin Fahmee



Ini lah budak yang buat saya marah , saya sedih pagi tadi..

Memang sungguh-sungguh kena pertingkatkan tahap kesabaran bila berhadapan dengan kerenah dia.

Saya perlu cepat pagi tadi kerana ada kursus di sebelah pagi,dah janji sebelum tidur untuk bersiap awal-awal esoknya tetapi bila dah siap nak keluar, boleh pulak dia buat perangai..saya menangis kerana tak dapat nak menahan rasa marah.

Jalan pulak seperti biasa lah..jem terus menerus, kalau bawak roti, mau kenyang sapu jem.

Saya masuk bilik kursus ketika hampir-hampir kursus nak bermula.


p/s:Umar datang sini ketika entry ni ditaip, dia  mintak saya tulis kat sini:

Umar adalah hero!




Selamat Pengantin Baru Yusry KRU dan Lisa Surihani

Kredit gambar untukhttp://blisscandid.blog.com/







Tudung Aidijuma New Design - Polkadot

UPDATE TERKIN MAY 2014 - BOLEH BELI TUDUNG AIDIJUMA WHITE LABEL DARIPADA KAK AYA  - HUBUNGI 017-3416762



ekarang ni asyik belek FB AidiJuma je...tengok koleksi terbaru tudung yang dijual...tengok yang polkadot ni pun cantik jugak , harga pun lebih mahal berbanding yang jenis 2 tona warna sebelum ni. Yang polkadot ni harganya RM33. Menarik juga sebab macam belum ada design macam ni..hmmmm

Untuk order, boleh KLIK SINI












Lirik Lagu Biar Sampai Ke Bintang |Asmidar

Kerap terdengar lagu ni di radio time memandu ke pejabat...tak tau pun sapa si Asmidar ni...rupanya juara Vokal ...Bukan Sekadar Rupa.

Lirik lagu ni memberi motivasi kepada semua orang...setiap kejayaan mesti dimulai dengan usaha yang bukan sedikit.


Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tak berundur dengan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Untuk mebawa mimpi-mimpi kita
Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Untuk mebawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

Lisa Surihani Cover Majalah Remaja 15 Feb

Ni majalah yang lebih sesuai untuk remaja sesuai la dengan nama majalah tersebut, Remaja....saya tak pernah beli majalah ketika zaman remaja, belum ada duit sendiri untuk dihabiskan pada majalah.

Sekarang majalah ni menjadi kegilaan adik bongsu saya yang saban bulan membelinya....tak pasti apa yang menarik di dalam majalah ni, mestilah tentang fesyen, tip yang sesuai untuk remaja ....

Cover untuk 15 hb Feb adalah pelakon rterkenal  yang akan menamatkan zaman remajanya esok.

Selamat Pengantin Baru untuk Lisa Surihani & Yusri, semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.

Majalah Anjung Seri Mac 2012

Dah beli ke? Saya dah beli tadi, tak terniat nak beli tapi sebab nak pecahkan duit, beli la majalah ni...(.hmm alasan untuk membeli ke?)

Koleksi tudung bawal Aidijuma RM15 sehelai

*** UPDATE TERKINI MAY 2014 - BOLEH BELI TUDUNG AIDIJUMA WHITE LABEL DARIPADA KAK AYA - HUBUNGI 017-3416762

BLOG: TUDUNG AIDIJUMA
FANPAGE: AIDIJUMA LOVERS



Cantik-cantik colour koleksi tudung Juma ni.....mungkin sebab pemakainya cantik jelita, automatik tudung pun nampaknya cantik..eh betul ke gitu?Harganya pun mampu milik cuma tak tau la kot-kot materialnya daripada kain yang nipis.









Majalah Impiana Mac 2012


Beli terus bila nampak ada 45 Cara praktikal Bilik tidur selesa, Ekslusif dan menarik. 15 Ilham gayakan sudut sempit , Solusi atasi ruang terhad dan banyak lagi tip hias kediaman.

Kemaruk nak deco belum berakhir.....mungkin kena listkan semula majalah apa yang perlu dibeli dan tak perlu mulai Mac...cuba untuk menyimpan kerana nak cepat bayar hutang dan cepat berhenti kerja .

Rasa tertekan

Sejak akhir-akhir, rasa berkecamuk di dalam jiwa...sebabnya:

1. setiap hari sampai ofis lewat..jalan jem daripada Batu Caves sampai la ke ofis.

2. Saya sudah terlalu lama tidak blogwalking, rasa bersalah kerana tidak dapat balas kunjungan tetapi apakan daya...PC satu, yang berebut nak guna adalah 3 orang, masih belum mampu memiliki laptop sendiri.

3. Paling terasa berkecamuk bila hari ni bos mengumumkan saya dan sahabat akan diletakkan dibawah bos "ORANG PUTIH"...ini perkara utama yang menggangu fikiran sejak tengah hari tadi hingga sekarang....saya tau ini adalah dugaan di dalam kerjaya..ntah la saya begitu teringin nak berhenti kerja saat ini.....mengikut emosi saat ini, itu la yang sedang saya rasakan.

saya tau berhenti kerja bukan penyelesaian tetapi bila saya kenangkan stress setiap pagi meredah jem , sampai lewat, nak balik cepat, bos baru, peraturan baru, bahasa komunikasi....aahhh rasa sangat tertekan.

4. HUTANG BERTAMBAH. ...ini memang penamat kepada keserabutan untuk berhenti kerja....tiada jalan selain kerja hingga usia 55 tahun kecuali ada bisnes baikkk punya sebagai alternatif.

Sekian....luahan malam ini.



Review Novel Terbaru Norhayati Berahim 'Dari Milan ke Maran'

Kredit gambar untuk blog NB Kara

Saya suka novel-novel NB kerana pastinya banyak sekali pengajaran dan panduan yang kita perolehi secara tidak langsung diakhir cerita.

Bermula dengan kisah kehidupan kala kecil membawa kepada hidup seorang dewasa, menempuh dugaan hidup ,bercinta, berkahwin...semuanya seperti satu realiti yang dilalui.

NB tidak terlalu membuai perasan pembaca, tidak jugak membuat pembaca bosan ( pandangan peribadi saya) walaupun novel beliau memang tebal belaka.

Setiap novelnya akan dikupas cerita itu sebaik mungkin...kajian tentang sesuatu watak begitu mendalam sekali, saya rasa sebab tu lah novelnya tebal.

Kisah Dari Milan ke Maran ni adalah tentang kehidupan biasa...cabaran seorang ibu miskin membesarkan anak-anak ketika suami menjadi kaki ekor dan kaki judi...cabaran ibu yang kaya membesarkan anak-anak yang pelbagai sifat dan sikap,  suami sibuk dengan kerja sebagai wakil rakyat.

Kisah kehidupan seorang pemimpin...kisah percintaan...semuanya digarap sungguh indah...contoh-contoh yang begitu dekat dengan kehidupan seharian.

Hadis nabi, tafsir ayat Al Quran turut menjadi penyeri di dalam setiap novel beliau..Secara tak langsung memberi pemahaman kepada pembaca...tahniah untuk NB.

Semoga terus banyak idea untuk melahirkan karya bermutu.

Tudung Bawal Norjuma (Aidijuma)



***UPDATE TERKINI MAY 2014 - BOLEH BELI TUDUNG AIDIJUMA WHITE LABEL DARIPADA KAK AYA - HUBUNGI 017-3416762





*** Cantik cover ni kan? Hitam putih..nampak klasik...tertarik melihat cover yang cantik, terus leburkan duit kat kedai mamak tadi...makin comel dan jelita Norjuma ni kan? Langsing je.

Nampaknya Norjuma dah jadi tauke tudung pulak...dia menjual tudung bawal, banyak pilihan pada harga berpatutan, sesuai la dengan target Norjuma untuk para pelajar universiti.Tudung bercorak dan rekaan yang simple dan menarik.




Saya memang memakai tudung bawal setiap hari kala ke pejabat...selesa memakai tudung bawak disaat rakan-rakan telah pun beralih arah kepada tudung Ariani...biasanya saya membeli di Pasar Kedai Payang je sesekali balik kampung, jengah la Pasar Payang.


Kiosk yang menjual tudung bawal Aidijuma ni terdapat di The Curve,Pasar Seni ,UTeM, Bandar Tun Razak , Jengka.

Untuk mengetahuicara order, boleh KLIK SINI

Erti Cantik pada Neelofa

Dah makan malam ke semua? Saya dan anak-anak dah selesai makan malam, makan nasi goreng je...Alhamdulillah kenyang....suami belum pulang dari pejabat..

Cerita pasal makan ni, teringat pulak tadi baca Majalah Rapi terbaru, cover Neelofa...


Lofa suka makan, kata tuan empunya diri ....hmm tapi badan cantik je kan? Beratnya paling tinggi 50kg..eh 50kg he paling berat? adooiii la nak bandingkan dengan tuan blog, paling ringan adalah 50kg, itu masa anak dara dulu.

"Lofa memang makan apa saja terutamanya makanan Itali. Kalau Lofa stress, Lofa akan makan pasta."

Beliau menyertai Celebrity Fitness sekarang untuk mengekalkan kecergasan badan.

"Bagi Lofa, kecantikan wanita bukan terletak pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya. Bukan apabila kita memandangnya, perkataan "wow" yan kita cari. Sebaliknya kecantikan hakiki yang seseorang itu miliki".


Hmm betul tu...hati mau sentiasa cantik...kecantikan dari dalam akan terbias pada wajah..



SITI NURHALIZA,DUCATI & DERMAGIC

Kredit  gambar untuk MYARTIS.COM

*** seronok kan kalau duit banyak, teringin Ducati boleh beli Ducati...





Ketika pelancaran produk Simply Siti terbaru iaitu Dermagic di 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah






NEELOFA COVER MAJALAH RAPI 15 FEB 2012


Majalah Rapi dah menimbun....satu tip pun tak praktikkan...tak guna, tengok cover lawa beli..tengok tajuk best,beli....

Dah baca cara Neelofa maintain berat, cuba-cuba la praktikkan ye.



Tok Guru Nik Aziz tidur di ribaan isteri


*** rahsia kebahagiaan tok guru...boleh la diamalkan oleh kita semua...

Sering tidur di riba isteri setiap kali pulang ke rumah selepas menjalankan tugas harian antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, walaupun kadangkala pulang ke rumah pada jam 2 atau 3 pagi, isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merungut dan sebaik meletakkan kepala di riba isterinya, semua masalah yang semak dalam benak seperti hilang begitu saja.


“Saya juga berselawat ke atas nabi sebanyak 41 kali setiap hari dan isteri perlu bersabar serta diam setiap kali melihat suami marah.

“Suami juga perlu menjaga kebajikan makan minum dan tempat tinggal keluarga, selalu membaca al-Quran serta sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah, di sini, semalam.


Pada majlis itu, Nik Abdul Aziz dan isterinya yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu, bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November ini selepas melangsungkan perkahwinan pada 1962.


Simple tapi Cantik Kad Kahwin Ana Raffali

KREDIT GAMBAR UNTUK GUA.COM


Cantik kan walaupun simple je...semoga perkahwinan ini dirahmatiNya dan bahagia berkekalan.

Siti Nurhaliza Ketika Latihan Menembak M16

KREDIT GAMBAR UNTUK GUA.COM