Rasa tertekan

Sejak akhir-akhir, rasa berkecamuk di dalam jiwa...sebabnya:

1. setiap hari sampai ofis lewat..jalan jem daripada Batu Caves sampai la ke ofis.

2. Saya sudah terlalu lama tidak blogwalking, rasa bersalah kerana tidak dapat balas kunjungan tetapi apakan daya...PC satu, yang berebut nak guna adalah 3 orang, masih belum mampu memiliki laptop sendiri.

3. Paling terasa berkecamuk bila hari ni bos mengumumkan saya dan sahabat akan diletakkan dibawah bos "ORANG PUTIH"...ini perkara utama yang menggangu fikiran sejak tengah hari tadi hingga sekarang....saya tau ini adalah dugaan di dalam kerjaya..ntah la saya begitu teringin nak berhenti kerja saat ini.....mengikut emosi saat ini, itu la yang sedang saya rasakan.

saya tau berhenti kerja bukan penyelesaian tetapi bila saya kenangkan stress setiap pagi meredah jem , sampai lewat, nak balik cepat, bos baru, peraturan baru, bahasa komunikasi....aahhh rasa sangat tertekan.

4. HUTANG BERTAMBAH. ...ini memang penamat kepada keserabutan untuk berhenti kerja....tiada jalan selain kerja hingga usia 55 tahun kecuali ada bisnes baikkk punya sebagai alternatif.

Sekian....luahan malam ini.



Review Novel Terbaru Norhayati Berahim 'Dari Milan ke Maran'

Kredit gambar untuk blog NB Kara

Saya suka novel-novel NB kerana pastinya banyak sekali pengajaran dan panduan yang kita perolehi secara tidak langsung diakhir cerita.

Bermula dengan kisah kehidupan kala kecil membawa kepada hidup seorang dewasa, menempuh dugaan hidup ,bercinta, berkahwin...semuanya seperti satu realiti yang dilalui.

NB tidak terlalu membuai perasan pembaca, tidak jugak membuat pembaca bosan ( pandangan peribadi saya) walaupun novel beliau memang tebal belaka.

Setiap novelnya akan dikupas cerita itu sebaik mungkin...kajian tentang sesuatu watak begitu mendalam sekali, saya rasa sebab tu lah novelnya tebal.

Kisah Dari Milan ke Maran ni adalah tentang kehidupan biasa...cabaran seorang ibu miskin membesarkan anak-anak ketika suami menjadi kaki ekor dan kaki judi...cabaran ibu yang kaya membesarkan anak-anak yang pelbagai sifat dan sikap,  suami sibuk dengan kerja sebagai wakil rakyat.

Kisah kehidupan seorang pemimpin...kisah percintaan...semuanya digarap sungguh indah...contoh-contoh yang begitu dekat dengan kehidupan seharian.

Hadis nabi, tafsir ayat Al Quran turut menjadi penyeri di dalam setiap novel beliau..Secara tak langsung memberi pemahaman kepada pembaca...tahniah untuk NB.

Semoga terus banyak idea untuk melahirkan karya bermutu.