Majalah MIDI 1 Mac 2012


Seronok baca kisah 2 wanita yang begitu gigih mengusahakan tempat perlindungan bagi kanak-kanak HIV dan juga tempat perlindungan bagi remaja bermasalah.

Tak semua orang diberi kekuatan dan ketabahan seperti 2 wanita mulia ini.

p/s: ada kisah percutian MAMA ZHARFAN dalam majalah ni tau.




Majlis Resepsi Lisa Surihani dan Yusri




Selepas selamat dinikahkan pada 23 Februari lalu, aktres jelita Lisa Surihani dan Yusri KRU atau Yusri Abdul Halim mengadakan majlis persandingan mereka di dalam suasana yang cukup meriah di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), di sini, malam Ahad.
Majlis dihadiri kira-kira 2000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media.
Bertemakan konsep ala 'French Vintage', yang diinspirasikan daripada Marie Antoinette (Ratu Perancis) oleh KS Entourage, Lisa kelihatan anggun dengan busana putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry manakala Yusry pula segak dengan baju Melayu warna sedondon yang juga rekaan Putra.
Suasana dewan yang dihiasi dengan paduan bunga berwarna tampak sederhana tetapi cukup elegan.
Acara bermula pada pukul 9 malam dengan ketibaan pengantin perempuan, diiringi pula dengan pengantin lelaki.
Turut disertakan acara berbalas pantun sebelum pengantin lelaki duduk di atas pelamin.
Antara selebriti yang kelihatan pada majlis tersebut adalah, Jaclyn Victor, Marion Counter dan suami, Sein (Ruffedge) dan isteri, Dephne Iking, Aizat, Stephen Rahman, Atilia, Sazzy Falak dan suami, Rabbani dan ramai lagi.

Gambar Majlis Resepsi Yusri dan Lisa Surihani

Kredit sepenuhnya untuk Beatifulnara.com.

***Baju Lisa ala Gaun Kate Middleton hari tu kan?